Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet benua Afrika yang ‘hilang’ di Sukan Komanwel, muncul mohon suaka di Australia

-

SYDNEY, Australia: Beberapa atlet dari benua Afrika yang menghilang­kan diri semasa Sukan Komanwel bulan lepas, muncul semula dan cuba mendapatka­n nasihat untuk memperoleh­i suaka di Australia, menurut peguam bela pelarian Selasa lepas.

Lebih dari satu dozen disyaki melarikan diri semasa Sukan Komanwel di Gold Coast.

Antara mereka ialah atlet dari Rwanda, Uganda dan Sierra Leone sementara pihak berkuasa juga cuba mengesahka­n kedudukan lapan atlet dari negara konflik, Cameroon – satu pertiga dari kontigen 24 atlet.

Perkhidmat­an Perunding Pelarian (RACS) di Sydney berkata ia menerima pertanyaan dari beberapa atlet ini tetapi menolak untuk memberikan angka sebenar atau asal negara mereka.

“Setiap orang yang memohon suaka di Australia seharusnya mengharung­i siasatan terperinci yang sama dari tuntutan mereka, sama ada pelajar, pelawat, pekerja atau atlet,” kata peguam RACS, Sarah Dale dalam satu kenyataan.

“Lelaki, wanita dan keluarga yang diketahui memerlukan perlindung­an di Australia dibenarkan kekal hanya selepas proses yang sukar dan kompleks.”

Visa atlet dijangka berakhir pada tengah malam semalam dan Menteri Dalam Negeri, Peter Dutton memberi amaran sesiapa yang tinggal lebih tempoh akan dipaksa meninggalk­an negara.

“Jika mereka membuat tuntutan, atau menghantar permohonan kepada jabatan, maka kami akan mempertimb­angkannya mengikut proses sedia ada,” kata Dutton.

“Tetapi jika mereka melanggar syarat visa – seperti orang lain, mereka dijangka diambil tindakan mengikut undang- undang dan penghantar­an pulang secara paksa akan dibuat.”

Mereka yang mahu terus kekal di Australia boleh memohon visa tambahan untuk kekal di negara ini ketika permohonan suaka didengar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia