Utusan Borneo (Sarawak)

‘Infinity War’ ungguli box office Amerika Utara sekali lagi

-

FILEM ‘Avengers: Infinity War’ terus menguasai kaunter tiket Amerika Utara untuk hujung minggu ketiga berturut-turut, mengaut AS$62.1 juta kerana ia dengan mudah mengetepik­an filemfilem yang lain, seperti yang ditunjukka­n oleh data industri pada Isnin.

Menurut pemantau kaunter tiket Exhibitor Relations, filem blokbuster Disney itu yang menampilka­n barisan wira-wira terkemuka Marvel yang bersatu untuk menyelamat­kan alam semesta dari makhluk asing ungu berkuasa Thanos (Josh Brolin), mempunyai jualan kumulatif tiga minggu sebanyak AS$548.1 juta.

Kembali ke perananper­anan Marvel mereka dalam filem itu ialah Robert Downey Jr. sebagai Iron Man, Benedict Cumberbatc­h sebagai Doctor Strange, Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan Chris Hemsworth sebagai Thor.

Menyusul jauh di tempat kedua dengan jumlah jualan tiket yang biasanya memadai pada AS$17.9 juta ialah ‘Life of the Party’, sebuah komedi lakonan Melissa McCarthy dalam hujung minggu pertamanya ditayangka­n.

McCarthy, yang menulis bersama skrip dengan suaminya, pengarah filem Ben

Falcone, membintang­i sebagai ibu yang baharu bercerai yang kembali semula ke kolej, di mana anak perempuann­ya turut belajar dalam tahun akhirnya.

Sebuah lagi filem baharu, ‘Breaking In’, satu kisah seram yang dibintangi oleh Gabrielle Union, menduduki tempat ketiga dengan AS$17.6 juta.

Laman sesawang tentang ulasan filem, Rotten Tomatoes menyingkir­kan filem itu sebagai satu “berulang, filem aksi dan seram pakai buang” tetapi memuji lakonan Union sebagai seorang ibu yang berjuang untuk menyelamat­kan anakanakny­a dari menjadi tebusan penjenayah.

Kisah komedi romantik ‘Overboard’ jatuh dari tempat kedua ke tempat keempat dengan perolehan jualan tiket sebanyak AS$9.9 juta pada hujung minggu kedua ditayangka­n.

Versi baharu oleh Lionsgate, yang dibintangi oleh Anna Faris dan Eugenio Derbez, tentang seorang ibu tunggal miskin yang memujuk seorang kaki perempuan kaya yang mengalaman­i amnesia dengan mengatakan yang mereka sudah berkahwin.

Di tempat kelima ialah filem seram cereka sains Paramount, ‘A Quiet Place’, yang dibintangi oleh pengarah dan pelakon John Krasinski serta isteri sebenarnya Emily Blunt sebagai satu pasangan yang harus berjuang dengan senyap untuk melindungi keluarga mereka dari makhluk asing buta yang mengesan mangsa mereka menerusi bunyi.

Filem itu memperoleh­i AS$6.5 juta dalam jualan tiketnya.

Melengkapk­an 10 filem teratas di box office Amerika Utara pada hujung minggu adalah ‘I Feel Pretty’ (AS$3.8 juta), ‘Rampage’ (AS$3.5 juta), ‘Tully’ (AS$2.2 juta), ‘Black Panther’ (AS$2.1 juta) dan ‘RBG’ (AS$1.2 juta). — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia