Utusan Borneo (Sarawak)

Novel adaptasi filem ‘Pulang’ di pasaran pertengaha­n bulan ini

-

KUALA LUMPUR: Novel adaptasi filem ‘Pulang’ hasil kerjasama Primeworks Studios dan Karya Seni Sdn Bhd akan berada di pasaran pertengaha­n bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar berkata beliau tidak menyangka bahawa skrip filem yang bakal ditayangka­n Aidilfitri nanti dapat menghasilk­an sebuah novel yang sangat bagus.

“Karya milik Mira Mustaffa arahan Kabir Bhatia telah memberikan sentuhan magik kepada skrip filem tersebut dan menyesuaik­an dengan pembikinan naskhah novel dan idea untuk pembikinan novel ini terhasil ketika pengambara­n filem tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n novel tersebut di Restoran Tanjung Lounge, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama Pengarah Urusan Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli barubaru ini.

Menurut penulis novel ‘Pulang’ Lily Haslina Nasir, beliau menerima tawaran untuk menulis naskhah novel epik tersebut ketika sedang menangani sebuah novel lain pada ketika itu. KARYA EPIK

“Melihat karya epik tersebut adalah hasil karya Mira Mustaffa dan Khabir Bhatia, saya terus menerima tawaran untuk menulis novel tersebut dengan menjalanka­n pelbagai kajian untuk tidak merosakkan karya tersebut,” kata Lily Haslina.

“Saya juga telah meneliti skrip asal dan menyaksika­n previu filem tersebut untuk membantu saya dalam penulisan novel ini,” tambah beliau.

Novel ‘Pulang’ mengisahka­n seorang kelasi bernama Othman yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk mencari harta kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelakinya, Omar.

Sepanjang pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti kepulangan suaminya siang dan malam selama 61 tahun.

Novel yang diinspiras­ikan daripada kisah hidup sebenar Ahmad Izham dan Omar Othman ini akan berada di kedaikedai buku seperti MPH, Popular dan kedai buku berhampira­n.

Untuk info lanjut mengenai filem ‘Pulang’ lawati laman Facebook rasmi di www. facebook. com/pulang themovie. — Bernama

 ??  ?? SIDANG MEDIA NOVEL ‘PULANG’: Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar (dua dari kiri), Pengarah Urusan Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli dan penulis novel.
SIDANG MEDIA NOVEL ‘PULANG’: Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar (dua dari kiri), Pengarah Urusan Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli dan penulis novel.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia