Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa tunang Harry tidak akan hadiri majlis perkahwina­n

-

LONDON: Bapa kepada Meghan Markle tidak akan menghadiri majlis perkahwina­n beliau dengan Putera Harry pada hujung minggu ini, lapor media Amerika Syarikat (AS) kelmarin, ketika Istana Kensington berjanji untuk “memahami dan menghormat­i” pasangan tersebut semasa satu “situasi yang sukar”.

Menurut laman berita selebriti TMZ, Thomas Markle, yang baru-baru ini bergambar bagi foto paparazi, telah menarik diri dari mengiringi anak perempuann­ya melalui laluan perkahwina­n di Istana Windsor kerana beliau tidak mahu memalukan anaknya.

Beliau turut dilaporkan mengalami serangan jantung beberapa hari lepas.

Istana Kensington, kediaman rasmi bagi pasangan tersebut, tidak mengesahka­n sama ada bapa Meghan telah menarik diri dari majlis perkahwina­n itu, namun ia ada mengeluark­an satu kenyataan yang menunjukka­n semua dalam keadaan tidak berjalan lancar.

“Ini merupakan saat yang terlalu peribadi bagi Cik Markle dalam masa beberapa hari sebelum perkahwina­nnya,” kata pihak istana dalam satu kenyataan.

“Beliau dan Putera Harry telah meminta sekali lagi agar memahami dan menghormat­i diberi kepada Encik Markle dalam situasi yang sukar ini.”

Bapa aktres AS tersebut sebelum ini telah menolak rayuan pihak istana bagi kerahsiaan dengan bersetuju untuk bergambar bagi satu penggambar­an paparazi.

Gambar tersebut, menunjukka­n beliau sedang diambil ukuran badannya bagi sepasang sut dan melihat gambar bakal pasangan diraja di dalam komputerny­a, dijual dengan harga $ 100,000, menurut akhbar tabloid Daily Mirror.

Seorang sumber yang rapat dengan Thomas Markle, dipetik oleh pihak penerbitan, menyatakan beliau telah didesak untuk bergambar selepas diburu oleh paparazi. Beliau sekarang menyatakan berasa seperti “seorang yang sangat bodoh” yang telah “ditipu”.

Keluarga Markle yang cenderung membuat kesilapan bodoh telah menghantar orang istana ke dalam keadaan yang tidak menentu dengan menyiarkan perkara buruk secara umum.

Bakal pengantin perempuan masih lagi rapat dengan ibu bapanya yang sudah bercerai namun ahli keluarga yang lain telah dihalang dari menghadiri majlis perkahwina­n pada 19 Mei di sebalik cerita-cerita yang kurang menyenangk­an seperti diserbu, pemabuk – malah satu tangkapan polis.

Markle, yang membesar di subbandar Woodland Hills di Los Angeles, telah dijangka akan berjalan diiringi oleh bapanya berusia 73 tahun seorang pengarah pencahayaa­n Hollywood yang memenangi Emmy daripada keturunan Belanda-Ireland yang sedang menikmati kehidupan bersara di Mexico.

Ibu beliau, Doria Ragland, adalah seorang jurulatih yoga dan ahli terapi klinikal berusia 61 tahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PASANGAN DIRAJA: Gambar serahan Britain’s Royal Mail kelmarin menunjukka­n setem memaparkan gambar pertunanga­n rasmi Putera Harry dan Meghan Markle yag dirakam oleh jurugambar Alexi Lubomirski di Frogomore House di Windsor.
— Gambar AFP PASANGAN DIRAJA: Gambar serahan Britain’s Royal Mail kelmarin menunjukka­n setem memaparkan gambar pertunanga­n rasmi Putera Harry dan Meghan Markle yag dirakam oleh jurugambar Alexi Lubomirski di Frogomore House di Windsor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia