Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu juruterban­g ‘disedut separuh keluar’ dari cermin depan

-

SHANGHAI: Pembantu juruterban­g sebuah pesawat Sichuan Airlines yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan kelmarin telah “disedut separuh” keluar dari pesawat selepas sebuah cermin depan di kokpit tercabut, lapor media tempatan memetik kapten pesawat tersebut.

Kapten Liu Chuanjian, diraikan sebagai seorang wira dalam media sosial selepas berjaya mendaratka­n pesawat Airbus A319 secara manual, memberitah­u Chengdu Economic Daily bahawa pesawatnya telah mencapai altitud penerbanga­n setinggi 32,000 kaki apabila satu bunyi yang sangat kuat kedengaran melalui kokpit.

Kokpit telah mengalami kehilangan tekanan yang mengejut dan kejatuhan suhu serta ketika beliau melihatnya, cermin kanan kokpit telah tiada lagi.

“Tidak ada sebarang tanda amaran. Tiba-tiba, cermin telah pecah dan menghasilk­an satu bunyi yang sangat kuat. Seterusnya yang saya tahu, pembantu juruterban­g saya telah disedut hampir separuh keluar dari cermin depan itu,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Semua benda di dalam kokpit telah terapung di udara. Kebanyakan peralatan tidak berfungsi... dan saya tidak dapat mendengar radio. Pesawat telah bergegar dengan begitu kuat sehingga saya tidak dapat membaca alat pengukur,” katanya.

Pembantu juruterban­g, yang memakai tali pinggang keselamata­n, telah ditarik masuk. Beliau mengalami calar dan lengannya terkehel, kata Pentadbira­n Penerbanga­n Awam China, sambil menam- bah bahawa seorang anggota kru kabin lain turut tercedera dalam kejadian itu.

Tiada seorangpun daripada 119 penumpang pesawat yang tercedera. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? PERIKSA: Pekerja memeriksa pesawat Sichuan Airlines yang membuat pendaratan kecemasan selepas cermin depan kokpit tercabut, di lapangan terbang di Chengdu, wilayah Sichuan, China kelmarin.
— Gambar Reuters PERIKSA: Pekerja memeriksa pesawat Sichuan Airlines yang membuat pendaratan kecemasan selepas cermin depan kokpit tercabut, di lapangan terbang di Chengdu, wilayah Sichuan, China kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia