Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rekahan baharu dikhuatiri tanda lebih banyak letusan lava dari Kilauea

-

LOS ANGELES: Dua rekahan baharu terbuka di Big Island di Hawaii, kata pihak berkuasa kelmarin, memberi amaran akan terdapat lebih banyak letusan lava dan pengeluara­n gas dari gunung berapi Kilauea.

Pihak berkuasa berkata dua rekahan baharu dikesan di kawasan kejiranan Lanipuna Gardens di mana penduduk telah diarahkan agar berpindah pada awal bulan ini selepas gunung berapi meletus dan dua gempa bumi yang besar menggegar pulau itu.

“Pada pagi ini, aktiviti telah didominasi oleh letusan lava, letupan yang memuntahka­n lebih 100 kaki ke udara, dan pengaliran lava dari rekahan 17 di timur laut di penghujung sistem rekahan,” kata Hawaiian Volcano Observator­y.

Ia menambah bahawa lava telah berterusan melimpah keluar dari beberapa kawasan dalam sistem rekahan yang aktif.

Rekahan terbaharu yang dilaporkan kelmarin membawa kepada 19 jumlah rekahan yang berpunca daripada letusan gunung berapi.

Rekahan 17, yang terbuka pada hujung minggu tadi, menyebabka­n lebih banyak pemindahan dan amaran bagi kemungkina­n letusan besar pada gunung berapi.

Setakat ini, kira-kira 40 rumah dan bangunan lain telah musnah akibat lava panas yang mengalir dari gunung berapi.

Saintis memberi amaran bahawa ketika paras lava berterusan menurun di dalam kawah, lebih banyak rekahan adalah berkemung- kinan akan terbuka di dalam tanah dan memuntahka­n lava dan asap toksik.

Hampir 2,000 orang sudah dipindahka­n dari kawasan kediaman di laluan aliran lava dan disebabkan oleh asap toksik.

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran bahawa pemindahan beramai-ramai mungkin diarahkan ketika rekahan baharu muncul.

Kilauea merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di dunia dan salah satu daripada lima yang terdapat di pulau itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia