Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasuh kejam dipenjara seumur hidup

Didapati bersalah bunuh dua kanak-kanak meski peguam dakwa dia seorang psikotik

-

NEW YORK: Seorang bekas pengasuh New York dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kelmarin kerana membunuh dua kanak-kanak kecil yang berada dalam jagaannya lima tahun lepas dalam satu kes yang menyeksa ibu bapa di seluruh dunia.

Yoselyn Ortega, 56, membunuh Lucia berusia enam tahun dan and Leo, dua tahun, dengan sebilah pisau dapur di dalam bilik mandi apartmen mereka di kawasan mewah Upper West Side pada 25 Oktober, 2012.

Sekumpulan juri New York mendapati dia bersalah pada bulan lepas atas dua tuduhan pembunuhan peringkat pertama dan dua tuduhan pembunuhan peringkat kedua.

Kelmarin, Hakim Gregory Carro menjatuhka­n hukuman maksimum di bawah undangunda­ng – penjara seumur hidup di sebuah penjara negara tanpa kemungkina­n untuk parol – terhadap Ortega.

Pihak pendakwaan berkata Ortega sengaja merancang pembunuhan dan bertindak sebegitu disebabkan masalah kewangan dan kemarahan terhadap majikannya yang kaya.

“Leo and Lulu tidak akan pernah menjalani kehidupan yang ada di depan mereka, dan sekarang pembunuh mereka yang tidak pernah menyesal akan menghabisk­an seluruh hidupnya di dalam penjara,” kata Peguam Daerah Manhattan Cyrus Vance.

Sebelum itu, Ortega menangis teresak-esak ketika menyuaraka­n perasaan kesal buat kali pertama bagi pembunuhan itu, memohon pengampuna­n daripada Tuhan dan ibu bapa kanakkanak tersebut namun terus mengekalka­n pembelaan dirinya bahawa dia “tidak sihat.”

“Saya sangat menyesal, namun saya berharap tiada sesiapa akan melalui apa yang saya telah lalui,” kata Ortega, kenyataann­ya dalam bahasa Sepanyol yang diterjemah­kan kepada bahasa Inggeris untuk kesenangan Mahkamah Agung Negeri New York.

“Saya memohon keampunan sepenuhnya – kepada Tuhan, kepada Marina, kepada Kevin,” katanya, memakai sepasang baju warna kuning dan rambut gelapnya diikat tocang ekor kuda.

Peguamnya berkata dia mengalami psikosis, kemurungan dan mendengar suara yang mengarahka­n dia membunuh kanak- kanak tersebut.

“Anak guam saya sedang sakit teruk, dia adalah seorang psikotik,” kata Valerie Van Leer- Greenberg, merayu agar dia ditempatka­n dalam tahanan perlindung­an.

Marina Krim, 41, menemui anak-anaknya mati di dalam tab mandi selepas bergegas pulang ke rumah dalam keadaan panik bersama anak ketiganya Nessie ketika dia mendapat tahu bahawa Ortega tidak menghantar Lucia ke kelas tariannya seperti yang dirancang.

Ortega kemudian meletakkan pisau pada lehernya sendiri dalam satu cubaan membunuh diri.

Lucia mempunyai kira-kira 30 tetakan pada bahagian badan dan lehernya, menunjukka­n dia telah cuba melawan balik.

Kes itu mengejutka­n golongan ibu bapa yang bekerja dan menjadi inspirasi bagi sebuah novel Perancis yang laris terjual yang meneliti hubungan antara seorang ibu yang bekerja dan wanita yang dia upah untuk menjaga anak-anaknya yang masih kecil. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TRAGIS: Gambar fail 26 Oktober, 2012 menunjukka­n bunga dan pesanan ditinggalk­an di hadapan bangunan di mana dua kanak-kanak ditikam hingga mati oleh pengasuh mereka di apartmen Upper West Side di New York.
— Gambar AFP TRAGIS: Gambar fail 26 Oktober, 2012 menunjukka­n bunga dan pesanan ditinggalk­an di hadapan bangunan di mana dua kanak-kanak ditikam hingga mati oleh pengasuh mereka di apartmen Upper West Side di New York.
 ?? — Gambar Reuters ?? KEJAM: Gambar fail menunjukka­n Ortega semasa perbicaraa­nnya di Mahkamah Agung Manhattan di New York pada 8 Julai, 2013.
— Gambar Reuters KEJAM: Gambar fail menunjukka­n Ortega semasa perbicaraa­nnya di Mahkamah Agung Manhattan di New York pada 8 Julai, 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia