Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong IS dijatuhi hukuman penjara berat

-

NEW YORK: Seorang lelaki yang mendakwa setia kepada kumpulan Daesh ( IS) ketika dia menembak seorang anggota polis Philadelph­ia pada tahun 2016 kelmarin dijatuhi hukuman minimum 48 tahun dan 6 bulan dalam penjara.

Edward Archer, 33, menyerang hendap Jesse Hartnett pada 7 Januari, 2016 ketika anggota polis itu sedang melakukan rondaan di dalam keretanya.

Archer melepaskan 12 das tembakan dengan sepucuk pistol, mengenai Hartnett sebanyak tiga kali dan menyebabka­n tulang lengannya patah.

Serangan itu memarakkan kebimbanga­n pada masa terdapat peningkata­n dalam serangan keganasan “sendirian” yang mendapat inspirasi ekstremis, namun tidak diarahkan, oleh IS atau Al-Qaeda.

Archer telah dirakamkan dalam video memakai sepasang jubah putih panjang dan menembak sambil dia berlari ke arah kenderaan polis dan mengacukan pistol melalui tingkap kereta, terus melepaskan tembakan, sebelum akhirnya melarikan diri.

Hartnett, di sebalik kecederaan­nya, berjaya keluar dari kereta dan membalas tembakan, mengenai bahagian punggung Archer.

Archer kemudian memberitah­u polis dia telah dipengaruh­i oleh IS.

Walaupun dia didapati pernah pergi ke Arab Saudi dan Mesir beberapa tahun sebelumnya, pihak berkuasa tidak mengaitkan dia secara langsung dengan mana-mana kumpulan jihad, dan dia tidak didakwa dengan mana-mana kesalahan berkaitan dengan keganasan.

Archer telah didapati bersalah bagi cubaan membunuh pada 1 Februari selepas perbicaraa­n selama dua minggu.

Dia dijatuhi hukuman maksimum – dalam lingkungan 48 tahun dan 6 bulan hingga 97 tahun dalam penjara.

Hartnett, yang sedang beransur pulih daripada kecederaan­nya selepas 11 pembedahan, berkata beliau “amat gembira” dengan hukuman itu, lapor televisyen ABC.

“Saya benar-benar inginkan hukuman maksimum dan dia akan menerima hukuman maksimum. Saya berharap dia akan mendapat lebih daripada itu,” katanya.

“Asalkan dia tidak keluar dari penjara, saya akan berasa gembira.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ARCHER
ARCHER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia