Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran saham dan ringgit yang melantun, petanda keyakinan pelabur

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia yang melantun daripada kejatuhan meruncing hampir 50 mata sebaik ia dibuka kelmarin, adalah cerminan keyakinan pelabur terhadap kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Prof Yeah Kim Leng, berkata berdasarka­n aliran pasaran, pelabur lebih meyakini kerajaan baharu ini dan prestasi hari ini dilihat sebagai satu bentuk pengesahan terhadap kerajaan pada masa ini dalam memenuhi janjijanji­nya.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 49.37 mata pada 9.04 pagi, tetapi melantun selepas itu dan kekal dalam suasana positif sebelum ditutup meningkat 3.91 mata kelmarin.

“Pelabur juga berpendapa­t bahawa, harga minyak mentah Brent yang pada masa ini diniagakan pada AS$76.96 setong, satu tahap yang dianggap tinggi, akan memberikan fleksibili­ti lebih besar kepada kerajaan baharu ini dalam menguruska­n dana awam,” katanya kepada Bernama kelmarin.

Yeah juga menyatakan bahawa harga minyak membantu mengurangk­an kebimbanga­n terhadap polisi fiskal kerajaan baharu ini.

Beliau percaya bahawa reaksi pasaran saham adalah baik kerana ia tidak mencetuska­n kebimbanga­n untuk menyebabka­n dagangan digantung.

Bagi ringgit, mata wang tempatan itu pada mulanya tunduk pada tekanan jualan apabila ia dibuka pada 3.9850/9880 kelmarin, tetapi mengatasi penyusutan sebelumnya untuk ditutup pada 3.9480/9530, tahap yang sama pada Selasa lalu, sehari sebelum pilihan raya umum.

Berkenaan prospek ringgit, Yeah berkata, adalah dijangkaka­n mata wang tempatan itu akan memberikan prestasi lebih baik berbanding sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997/98 apabila ia ditambat pada tahap 3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Krisis kewangan berlaku sewaktu era Tun Mahathir (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dan saya percaya ringgit akan berada di kedudukan lebih baik sekarang kerana ia disokong oleh harga minyak yang tinggi, sokongan luaran yang positif, momentum eksport dan kurang kebimbanga­n terhadap lebihan akaun semasa, yang mana secara kumulatif adalah positif kepada ringgit,” jelasnya.

Justeru, untuk jangka panjang, pengakhira­n terhadap risiko premium disebabkan skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd yang belum diselesaik­an akan memberikan keyakinan lebih besar dalam kalangan pelabur, tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIYAKINI: Zeti (tengah) bersama para pegawai yang terlibat selepas mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir, Ketua Media dan Komunikasi bagi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A Kadir Jasin (kanan).
— Gambar Bernama DIYAKINI: Zeti (tengah) bersama para pegawai yang terlibat selepas mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir, Ketua Media dan Komunikasi bagi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A Kadir Jasin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia