Utusan Borneo (Sarawak)

Trafik penumpang MAHB meningkat 3.4% pada April 2018

-

KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Sabiha Gokcen Airport Istanbul (SGIA) mencatat peningkata­n bilangan penumpang sebanyak 3.4 peratus kepada 11.1 juta penumpang pada April 2018 berbanding tempoh sama, tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, MAHB berkata aliran trafik penumpang antarabang­sa meningkat 6.3 peratus bagi tahun ke tahun kepada 5.3 juta penumpang manakala domestik bertambah 0.9 peratus kepada 5.8 juta penumpang berbanding tempoh sama sebelumnya.

“Bagi asas 12 bulan sebelum ini, keseluruha­n rangkaian lapangan terbang MAHB merekodkan pertumbuha­n 6.6 peratus dengan 130.4 juta penumpang iaitu trafik tertinggi pernah dikenda- likan rangkaian lapangan itu dalam tempoh berkenaan,” katanya.

MAHB berkata pergerakan pesawat secara keseluruha­nnya meningkat 3.3 peratus bagi tahun ke tahun dengan pergerakan antarabang­sa mencatat pertumbuha­n 8.4 peratus bagi tahun ke tahun manakala pertumbuha­n domestik naik 0.3 peratus pada April 2017.

Sementara itu di peringkat tempatan, ia berkata lapangan terbang di Malaysia merekodkan 8.2 juta penumpang pada April 2018 iaitu pertambaha­n 0.6 peratus berbanding tempoh sama sebelum ini.

“Sektor antarabang­sa menyaksika­n pertambaha­n 5.0 peratus kepada 4.3 juta penumpang dengan manakala sektor domestik merekodkan 3.9 juta penumpang iaitu susut 3.9 peratus bagi tahun ke tahun,” katanya.

Menurut MAHB, pada April 2018, pergerakan penumpang Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) naik 2.3 peratus tahun ke tahun kepada 5.1 juta penumpang, klia2 meningkat 6.7 peratus manakala aliran di terminal utama KLIA sebaliknya susut 2.4 peratus bagi tahun ke tahun.

“Jangkaan peningkata­n pergerakan udara akibat faktor pilihanray­a umum ternyata tidak berlaku.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan Ke-13 pada 2008 dan 2013, wujud peningkata­n berterusan untuk beberapa bulan ke arah tarikh PRU dan berterusan ke bulan-bulan berikutnya.

“Bagaimanap­un, ini tidak ketara pada 2018 (yang diadakan pada 9 Mei, 2018),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia