Utusan Borneo (Sarawak)

GLIC perlu mengekalka­n keutamaan tadbir urus dan profesiona­lisme

-

KUALA LUMPUR: Dana pelaburan strategik negara, Khazanah Nasional Bhd kelmarin menegaskan bahawa aspek kepentinga­n tadbir urus, profesiona­lisme dan prestasi perlu dikekalkan sebagai keutamaan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di bawah pentadbira­n kerajaan baharu.

Sambil mengulangi pendirian enam GLIC dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang disuarakan menerusi satu kenyataan bersama pada Ahad, Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata aspek itu merupakan jaminan yang sepatutnya diberikan oleh mereka.

“Malah, akan ada lebih banyak butiran yang perlu diusahakan mengikut keadaan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Outreach Keusahawan­an Khazanah Nasional di sini, kelmarin.

Pada Ahad, enam pemimpin GLIC/GLC, termasuk Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, mengadakan mesyuarat pertama dengan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah pentadbira­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesyuarat itu turut disertai oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd Datuk Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Dalam kenyataan bersama mereka, enam peneraju GLC/GLIC itu berkata Tun Daim telah memaklumka­n mereka bahawa dalam tempoh 100 hari, Majlis Penasihat Kerajaan akan memanfaatk­an GLIC dan GLC yang mana sesuai, untuk membantu mereka dari segi maklumat, sumber dan input dalam menangani pelbagai isu yang digariskan oleh kerajaan.

“Isu itu termasuk antara lainnya, kajian semula dana dan syarikat tertentu, kajian semula projek, kontrak dan jalan bertol dan bidang yang mana GLIC dan GLC akan mempunyai kepakaran dan sumber relevan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi dana yang mempunyai penyertaan politik di peringkat lembaga pengarah masing-masing, Tun Daim menegaskan bahawa ini akan dikaji semula dan dirombak seperti yang diperlukan, selain menekankan kepentinga­n prestasi yang baik serta prestasi profesiona­l dana tersebut.

“Sebagai GLIC dan institusi amanah, kami menerima mesej ini dan menyokongn­ya dengan baik sebagai sebahagian daripada amalan berterusan kami untuk mengukuhka­n tadbir urus dan tumpuan prestasi serta akauntabil­iti institusi masing- masing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia