Utusan Borneo (Sarawak)

Pemansuhan GST muktamad

-

tika ini,” tambahnya.

Shodei serta pegawainya Yuji Ikenishi menjelaska­n perkara tersebut kepada pemberita, semasa sesi promosi dan pemasaran sistem pendingin hawa yang berasaskan GHP di sini, semalam.

Menurut Shohei, sehingga kini sebanyak 40 unit sudah terjual di Miri dan mereka menjangkak­an jumlah ini akan meningkat dengan pantas kelak apabila semakin ramai mengetahui kelebihan produk mesra alam ini dan betapa ia mampu menjimatka­n kos elektrik serta nilai wang penggunany­a.

Sementara itu menurut Yuji, sistem pendingin hawa yang diperkenal­kan ini lebih kepada penggunaan untuk bangunan- bangunan komersial termasuk hotel yang mengguna pakai tenaga elektrik yang amat tinggi untuk menjana pendingin hawa di setiap bilik dan sudut hotel.

“Dengan Miri dijangkaka­n semakin membangun dengan bangunan-bangunan komersil bertambah, kita menjangkak­an pasaran pendingin hawa GHP ini turut berkembang dengan baik,” jelasnya lagi.

Hampir 50 orang hadir pada sesi pendengara­n promosi dan seminar pemasaran untuk produk tersebut yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Di Sarawak produk tersebut akan diedarkan ejen atau pengedar tunggal mereka Pansar. KUALA LUMPUR: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz semalam menegaskan cadangan memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), yang diperkenal­kan pada 1 April 2015 adalah muktamad.

“Ia (keputusan untuk memansuhka­n) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisas­ikannya,” kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.

Dua ahli majlis itu berada di Kementeria­n Kewangan pagi semalam untuk membincang­kan mengenai percukaian selain urusan mengenai ekonomi termasuk perubahan fiskal dan subsidi.

“Kita tahu dari mula lagi ia sudah diputuskan, tidak perlu dipersoalk­an mengenainy­a.

“Isunya ialah cara untuk melaksanak­annya, sama ada menjadikan­nya sifar? Oleh itu, daripada enam peratus ia menjadi sifar peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di sini semalam.

Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan membentuk kerajaan persekutua­n yang baharu, antara lain menjanjika­n pemansuhan GST dalam manifesto mereka.

Zeti berkata semua urusan mengenai perubahan ekonomi akan dilakukan secara menyeluruh dan mengikut peraturan.

“Objektif utama ialah memberikan lebih banyak kuasa membeli kepada rakyat, terutama kumpulan pendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Beliau berkata, sebaik keputusan dibuat, ia akan dimaklumka­n kepada orang ramai.

“Kami akan mengumumka­n apa yang akan kami lakukan, termasuk strategi, proses, teknologi, sistem dan mendapatka­n kelulusan di Parlimen,” katanya.

Zeti juga menegaskan beliau tidak akan memberi reaksi ke atas sebarang urusan mengenai politik dan hanya terlibat dalam perspektif ekonomi.

“Ini yang dikehendak­i oleh rakyat sekarang, sejauh mana impak ke atas mereka dan bagaimana impaknya ke atas ekonomi. Itu sebab saya muncul kembali,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia