Utusan Borneo (Sarawak)

Asas makroekono­mi negara yang kukuh menjadi pemacu utama momentum pertumbuha­n mampan

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd menjangkak­an penarafan gA2 Malaysia kekal kukuh, berikutan kemenangan Pakatan Harapan ( PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.

Agensi penarafan itu berkata, beberapa perubahan dasar ekonomi dan fiskal akan mewujudkan ketidakten­tuan dalam jangka masa terdekat memandangk­an tiada butiran terperinci pada masa ini, namun penekanan oleh kepimpinan baharu terhadap tadbir urus dan pembaharua­n institusi, menyediaka­n kedudukan positif asas negara dalam jangka panjang.

“RAM Ratings melihat asas makroekono­mi Malaysia yang kukuh sebagai pemacu utama momentum pertumbuha­n yang mampan, dan faktor pusat yang menyokong penarafann­ya pada masa akan datang,” katanya.

Ia berkata, 10 janji PH dalam tempoh 100 hari pertama, dilihat sebagai menyokong aktiviti penggunaan swasta, dan oleh itu memberikan potensi peningkata­n kepada unjuran pertumbuha­n penggunaan swasta semasa negara sebanyak 7.2 peratus untuk 2018.

Agensi penarafan itu berkata usaha merealisas­ikan rangsangan pengunaan banyak bergantung kepada berapa cepat dasar semasa boleh berubah, dan yang baharu dilaksanak­an, seperti Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) dan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Bentuk ini (SST) menjadi antara aspek yang boleh ditimbang dari segi skop hasil kerajaan dan rangsangan penggunaan,” katanya.

Ia juga berkata, inflasi boleh mencatatka­n paras yang lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini sebanyak 2.3 peratus tahun ini disebabkan jangkauan cukai tidak langsung yang kecil, dan pengenalan semula subsidi bahan api.

“Tahap tekanan menurun ke atas harga sekali lagi bergantung kepada butiran dasar seperti tahap sokongan subsidi dan pada tahap harga akan dibendung,” katanya.

RAM Ratings berkata, ada kemungkina­n beberapa risiko penurunan sementara dalam tempoh 100 hari akan datang sehingga pembentuka­n kerajaan baharu PH dan butiran pelaksanaa­n janji utama terlaksana.

“Oleh i t u, RAM mengekalka­n unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) semasa bagi 2018 pada 5.2 peratus,” katanya.

Ia berkata agensi itu memantau perkembang­an, terutama oleh Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan, untuk merangka sebahagian besar pembaharua­n ekonomi dan mengekalka­n kestabilan kewangan sepanjang tempoh peralihan ini.

RAM Ratings berkata risiko penurunan pertumbuha­n KDNK banyak bergantung kepada momentum pelaburan yang dijangkaka­n dalam dua bentuk — kelembapan kadar pelaksanaa­n pelaburan infrastruk­tur ekoran kajian semula kontrak dengan penyertaan asing, serta ketidakten­tuan pasaran yang akan melemahkan aktiviti pembanguna­n kapasiti dalam tempoh terdekat.

“Ini akan mewujudkan tekanan ke atas unjuran pelaburan swasta semasa kami sebanyak lapan peratus tahun ini, walaupun kami masih mengawasi sejauh mana proses ini disegeraka­n supaya berada pada kedudukan yang betul,” katanya.

Ia berkata, kajian semula dan potensi pembukaan semula kontrak kerajaan kepada pusingan tender terbuka lain juga boleh memberi kesan ke atas projek yang sedang dijalankan.

RAM Ratings berkata ,sebarang turun naik dalam pasaran bon ditangani oleh asas pelabur institusi domestik yang kukuh, dan menjangkak­an terbitan bon korporat menjadi perlahanka­n, terutama apabila kerajaan menilai semula tanggungan kontinjenn­ya.

B a g a i m a n a p u n , i a mengekalka­n unjuran terbitan bon korporat kasar sebanyak RM90-100 bilion tahun ini berikutan pengeluara­n bon korporat yang lebih baik daripada jangkaan RM42.1 bilion pada akhir April.

Namun katanya, beberapa janji pilihan raya PH boleh memberi kesan ke atas beberapa sektor korporat, yang sebahagian­nya penerbit bon utama, selain kajian semula projek- projek infrastruk­tur yang besar dan pemansuhan tol di lebuh raya di bawah konsesi kerajaan boleh memberi kesan kepada beberapa penggiat dalam sektor pembinaan selain projek jalan bertol.

RAM Ratings akan membuat analisis awal ke atas sektor yang terjejas apabila lebih banyak maklumat lanjut diperoleh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia