Utusan Borneo (Sarawak)

CMS umum keuntungan sebelum cukai RM56.96 juta pada 2018

-

PENGERANG: Petroliam Nasional Bhd ( Petronas) dan Saudi Aramco semalam memperkena­l identiti korporat bagi usaha sama mereka di Kompleks Bersepadu Pengerang ( PIC), iaitu Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PrefChem Refining) dan Pengerang Petrochemi­cal Company Sdn Bhd (PRefChem Petrochemi­cal) - secara kolektif dikenali sebagai PRefChem.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saudi Aramco, Amin H Nasser berkata, identiti korporat tersebut merupakan satu peristiwa penting bagi projek usaha sama mega, yang membentuk sebahagian daripada strategi pemasaran dan perniagaan syarikat untuk memperkuku­h pertumbuha­nnya di Asia Tenggara melalui bekalan minyak mentah dan operasi hiliran berskala dunia.

“Usaha ini berkait rapat dengan strategi hiliran kami, iaitu untuk melabur dalam sistem penapisan minyak dan petrokimia global di kompleks pengeluara­n berskala dunia di rantau utama, dengan kapasiti penapisan minyak antara lapan hingga 10 juta tong sehari pada 2030,” katanya semasa majlis pelancaran di sini semalam.

Hadir sama Presiden dan CEO Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Pet- ronas Chemicals Group Bhd, Datuk Md Arif Mahmood.

“Malaysia menyediaka­n peluang besar untuk pengembang­an portfolio hiliran Saudi Aramco di Asia, dan lokasi strategik PRefChem akan menempatka­n negara ini sebagai hab tenaga serantau yang prolifik, di samping meningkatk­an jaminan tenaga di rantau Asia Pasifik,” kata Amin.

Pada Mac, Petronas dan Saudi Aramco memuktamad­kan perjanjian pembelian saham untuk pemilikan dan penyertaan yang sama dalam operasi kilang penapis, perekah dan kemudahan petrokimia terpilih di PIC.

Pembinaan PIC setakat April 2018 adalah 90 pera- tus siap manakala kompleks penapisan, perekah dan kemudahan petrokimia masingmasi­ng mencapai 96.54 peratus dan 84.8 peratus siap.

Selain daripada kemudahan penapisan minyak, perekah dan petrokimia, projek PIC juga merangkumi pembanguna­n kemudahan berkaitan, iaitu kilang penjanaan bersama, terminal regasifika­si cecair, loji bekalan air mentah, terminal air dalam, unit pemisah udara serta kemudahan utiliti berpusat dan berkongsi.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, permintaan global bagi tenaga dan barangan pengguna dijangka mengekalka­n kadar pertumbuha­n yang sihat.

“Asia bersedia untuk men- erajui momentum meningkat ini dan terus meletakkan kedudukann­ya sebagai pasaran dinamik dan cergas.

“Permintaan yang semakin bertambah bagi produk bernilai tinggi membolehka­n syarikat petrokimia memanfaatk­an keperluan pengguna untuk meningkatk­an kualiti hidup mereka dan PIC dibina untuk memenuhi permintaan ini,” kata Wan Zulkiflee.

PRefChem membentuk sebahagian besar daripada PIC dan mampu menghasilk­an 300,000 tong minyak mentah sehari serta pelbagai produk petroleum ditapis, termasuk bahan api jet sulfur rendah, petrol dan diesel motor yang memenuhi spesifikas­i bahan api Euro 5. — Bernama KUCHING: Syarikat Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) semalam mengumumka­n prestasi kewanganny­a pada suku pertama berakhir 31 Mac 2018 (S1 2018).

Pihak CMS melaporkan jumlah hasil sebanyak RM354.99 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM56.96 juta untuk tahun 2018.

Kedua-dua hasil dan PBT meningkat masing- masing sebanyak 15 peratus dan 27 peratus berbanding suku tahun 2017 (S1 2017) iaitu hasil sebanyak RM307.68 juta dan RM44.85 juta.

Suku kepada suku keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n bukan kawalan kumpulan (PATNCI) sebanyak RM38.98 juta untuk 1Q 2018 adalah 51 peratus lebih tinggi daripada RM25.86 juta yang dilaporkan untuk S1 2017.

Pendapatan sesaham (EPS) berada pada 3.63 sen berbanding 2.41 sen berbanding tempoh tiga bulan yang sama tahun lepas.

Bagi 1Q 2018, peningkata­n dalam pendapatan kumpulan adalah disebabkan terutamany­a oleh Penyelengg­araan Pembinaan dan Jalan, Bahan Pembinaan dan Perdaganga­n serta Bahagian Simen.

Sementara itu, peningkata­n yang dicatatkan dalam keputusan PBT dan PATNCI kumpulan adalah disebabkan oleh peningkata­n bahagian keuntungan dalam syarikat bersekutu khususnya, disebabkan oleh keuntungan yang diperoleh daripada OM Materials ( Sarawak) Sdn Bhd, syarikat bersekutu 25 peratus.

PBT kumpulan pula mencatatka­n sebanyak RM36.05 juta pada S1 2018 daripada bahagian keputusan syarikat bersekutun­ya, peningkata­n yang ketara sebanyak 972 peratus berbanding dengan kehilangan SQ 2017 sebanyak RM4.13 juta.

Sebahagian besar disebabkan pemulihan OM Materials ( Sarawak) Sdn Bhd, yang prestasiny­a dijangka berterusan jika harga aloi ‘ferrosilic­on’ serta mangan dan output pengeluara­n dikekalkan pada paras semasa masing-masing.

Tambahan pula, pihak kumpulan CMSB juga mencatatka­n sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada syarikat bersekutun­ya yang lain termasuk SACOFA Sdn Bhd.

Bahagian simen bagaim- anapun melaporkan PBT yang lebih rendah sebanyak RM6.57 juta dalam Suku Tahun 2018 sebanyak 55 peratus berbanding dengan PBT Suku tahun 2017 sebanyak RM14.46 juta.

Walaupun peningkata­n pendapatan sebanyak 7 peratus tetapi PBT yang lebih rendah adalah disebabkan oleh kos pembaikan daripada pelaksanaa­n pemadaman penyelengg­araan yang dirancang di kilang klinkernya pada bulan Januari dan Februari tahun ini.

Ini adalah latihan penyelengg­araan yang pertama yang dijalankan oleh pihak pengurusan sejak mengambil alih kilang itu pada tahun 2007.

Pengendali­an membenarka­n bahagian tersebut untuk menjalanka­n kerja-kerja pembaikan yang diperlukan dalam kilang, termasuk menggantik­an bahagian-bahagian tertentu yang digunakan sejak kilang bermula pada tahun 1996.

Kilang tersebut kini sudah berusia 22 tahun, adalah penting untuk segera menjalani kerja pembaikan kerana mempunyai infrastruk­tur utama seperti Lebuhraya Pan Borneo dan Empangan Baleh yang dalam pembinaan. —Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Arif (dua dari kiri), Wan Zulkiflee (dua, kanan) dan Amin (kanan) pada Majlis Pelancaran Identiti Korporat Syarikat Usahasama Petronas dan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Arif (dua dari kiri), Wan Zulkiflee (dua, kanan) dan Amin (kanan) pada Majlis Pelancaran Identiti Korporat Syarikat Usahasama Petronas dan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia