Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa terima rasuah urus pinjaman peribadi

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan pengurusan kes pada 17 Julai terhadap seorang lelaki, yang didakwa menerima rasuah untuk menguruska­n pinjaman peribadi.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu terhadap Mohamad Sazali Simun, 28, selepas mengekalka­n pengakuan tidak bersalah.

Tertuduh didakwa menerima suapan RM2,500 daripada Mohd Hasif Semat, yang dipindahka­n ke dalam akaun Bank Islam.

Ia sebagai upah menguruska­n permohonan pinjaman peribadi Hasif sehingga diluluskan pihak bank, berjumlah RM70,000.

Kesalahan dilakukan pada 5 September 2016 di Bank Islam Cawangan Kota Kinabalu, di sini.

Mohamad Sazali didakwa mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau mengikut nilai yang lebih tinggi.

Tertuduh didakwa pada 4 Mei, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM4,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Terdahulu, peguam P. J Perira memaklumka­n sudah menerima tujuh dokumen dan pihak pendakwaan menyatakan dokumen yang lain akan diserahkan kemudian.

Timbalan Pendakwara­ya Rozana Abd Hadi memohon tempoh dua bulan, agar pihaknya dapat melihat kembali kepada siasatan dan jika ada dokumen tambahan untuk diserahkan.

“Pada masa yang sama Timbalan Pendakwara­ya Norbert Liew mempunyai masa untuk mengambil alih daripada Timbalan Pendakwara­ya sebelumnya,” katanya.

 ??  ?? MULA BERTUGAS: Pegawai Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaik­an taklimat kepada Jeffrey.
MULA BERTUGAS: Pegawai Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaik­an taklimat kepada Jeffrey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia