Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan kementeria­n itu meningkatk­an pengurusan sumber asli

-

KOTA KINABALU: Sabah Environmen­tal Trust (SET) menyeru kerajaan persekutua­n yang baharu agar mengekalka­n Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana ia perlu untuk membantu mencegah kemerosota­n keadaan hutan, tanah lembap dan ekosistem marin di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SET Dr Rahimatsah Amat berkata penubuhan kementeria­n itu merupakan satu ke- jayaan dalam meningkatk­an pengurusan sumber asli dan alam sekitar sejajar dengan amalan di kebanyakan negara maju.

“Saya gembira kerana manifesto Pakatan Harapan menjanjika­n untuk menyeimban­gkan pembanguna­n ekonomi dengan perlindung­an alam sekitar.

“Kementeria­n ini memainkan peranan penting dalam memastikan jaminan itu dipenuhi kerana beberapa jabatan kerajaan utama seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Taman Laut Malaysia berada di bawah bidang kuasanya.

“Tambahan pula, kementeria­n turut berperanan dalam menghubung­kan pengurusan sumber asli dengan Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Bernama.

Pakatan Harapan turut berjanji untuk mengkaji semula dasar dan peraturan alam sekitar di negara ini agar setanding dengan amalan terbaik antarabang­sa, katanya.

“Kami menggesa kerajaan untuk memasukkan Jabatan Perikanan di bawah sumber asli dan alam sekitar memandangk­an sumber perikanan berada dalam perairan wilayah kami dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) berada dalam kemerosota­n yang serius,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia