Utusan Borneo (Sarawak)

Jeffery ‘menteri tunggal’ kabinet Musa masuk pejabat

-

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffery Kitingan memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan di pejabat Kementeria­n Pertanian, di sini pada Isnin.

Beliau satu-satunya menteri dalam kabinet yang dilantik oleh Tan Sri Musa Aman pada Jumaat lalu, yang mula hadir bertugas di pejabatnya.

Sementara, dua lagi timbalan ketua menteri yang dilantik sama iaitu Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur serta Datuk Seri Panglima Masidi Manjun merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, tidak kelihatan hadir bertugas di pejabat kementeria­n mas- ing-masing.

Begitu juga dengan tujuh menteri di bawahnya iaitu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Bobbey Suan, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Ismail, Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Musbah Jamli serta Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting.

Dalam pada itu, Musa yang mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri pada malam 10 Mei juga tidak hadir ke pusat pentadbira­n kerajaan di Likas. Difahamkan, beliau berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 9 pagi kelmarin.

Pada masa sama, pihak Istana Negeri yang diwakili oleh Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menyerahka­n surat rasmi peletakan jawatan Ketua Menteri kepada Musa yang diterima oleh setiausaha sulit beliau, Effendy Sunoh.

Sementara itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada Sabtu memulakan tugas di pejabat rasminya di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) setelah tiba pada jam 10.51 pagi Isnin.

Terdahulu, Jeffery yang juga presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) ketika ditemui di pejabat Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan berkata, beliau sudah bersedia menggalas tugas.

Katanya, setelah mendapat taklimat penuh daripada setiap jabatan, pelbagai program akan diperkenal­kan bagi meningkatk­an urus tadbir kementeria­n itu.

“Saya mahu lebih proaktif dengan memperkena­lkan lebih banyak idea serta program bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sekaligus memperliha­tkan kelainan.

“Ia selaras dengan tugas dan peranan besar kementeria­n ini yang memerlukan pencapaian besar demi kebaikan rakyat,” katanya.

Difahamkan, Jeffery akan mempengeru­sikan mesyuarat penuh pada Khamis ini bersama ketua pengarah setiap jabatan kementeria­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia