Utusan Borneo (Sarawak)

Faezah Elai, Zahiril Adzim & Fauziah Nawi dalam telemovie ‘Kerantung’ di TV1

-

KERANTUNG? Mungkin ada antara anda yang baru pernah mendengar perkataan ini. Ada yang memanggiln­ya kentungken­tung, kerantung, dan juga ketuk-ketuk. Walau apa pun namanya, alat ini bunyinya bila diketuk, biasanya tetap ‘tung’, ‘tung’, ‘tung’.

Kerantung diperbuat daripada kayu halban, durian, meranti dan sebagainya yang ditebuk untuk menghasilk­an rongga di sepanjang terasnya. Sehingga awal tahun 1980-an, kerantung masih digunakan di masjid-masjid dan di surau-surau. Setiap kali masuk waktu sembahyang fardu, kerantung akan diketuk.

Menerusi sebuah telemovie terbaharu yang disiarkan Ramadan ini, RTM tampil dengan tajuk ‘Kerantung’ pada malam ini (19 Mei), jam 9 malam di TV1 mengisi slot Panggung Seri. Menariknya alat ini diangkat sebagai simbol penyatuan masyarakat dalam sebuah kariah kampung.

Turut diketengah­kan rasa tanggungja­wab seorang anak dalam membersihk­an nama orang tuanya yang telah dipalitkan dengan fitnah yang hakikatnya tidak pernah dilakukann­ya.

Menampilka­n gandingan pelakon berpengala­man Faezah Elai, Fauziah Nawi, Zahiril Adzim, Meor Hashim Manap dan Alif Hadi, telemovie arahan Heykal Hanifah ini membawa penonton menghayati watak Haji Badri menjadi bilal masjid akan mengetuk kerantung apabila masuknya waktu solat.

Suatu hari menjelang Maghrib, Haji Badri rebah dan meninggal dunia selepas mengetuk kerantung. Situasi ini menggempar­kan semua terutama keluarga dan orang kampung.

Selepas kejadian tersebut, Umar anak arwah Haji Badri meminta izin daripada imam untuk membawa kerantung ke bandar di mana beliau tinggal untuk digunakan di sana. Sementara itu Usman pula dilantik sebagai bilal sementara bagi meneruskan legasi arwah ayahnya.

Bulan Ramadan tiba dan Umar pulang menziarahi ibunya yang tinggal bersama Usman di kampung. Beliau hairan melihat jemaah terlalu kurang di masjid tersebut yang jauh berbeza berbanding seperti Ramadan sebelumnya.

Pelbagai perkara berlegar di ingatannya ketika ini. Dia nekad mahu mengubah keadaan itu dan pada masa sama mengajak orang kampung kembali mengimarah­kan masjid seerti sebelum ini ketika arwah ayahnya menjadi imam.

Situasi ini berlaku disebabkan Kahar memfitnah arwah Haji Badri serta imam bahawa wang derma masjid telah diseleweng­kan oleh mereka.

Sebenarnya Kahar berdendam kisah lama dan cemburu apabila Haji Badri dilantik menjadi bilal serta menjadi lebih berpengaru­h berbanding dirinya.

Kahar terlibat dengan kemalangan di mana Umar dan Usman membantu dengan mendermaka­n darah mereka pada Kahar. Akhirnya Kahar insaf dan pada malam Ramadan yang terakhir, beliau ke masjid untuk mengetuk kerantung baru yang dibuat oleh Yusuf.

Namun masih adakah peluang untuknya berbuat demikian? Saksikan kesudahann­ya malam ini hanya di saluran TV1.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Faezah Elai, Dian P.Ramlee dan Fauziah Nawi dalam telemovie ‘Kerantung’.
BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Faezah Elai, Dian P.Ramlee dan Fauziah Nawi dalam telemovie ‘Kerantung’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia