Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan tol sebahagian besar dimiliki pelabur tempatan, dana pencen

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings (RAM) menjangkak­an terbitan bon dan sukuk oleh pemegang konsesi jalan bertol akan terjejas oleh cadangan pemansuhan tol di lebuh raya bertol.

Agensi penarafan itu berkata walaupun kerajaan menyatakan ia akan mengekalka­n terma konsesi dalam melaksanak­an cadangan itu, syarat-syarat penyelesai­an sekiranya berlaku pengambila­lihan, berbeza dalam setiap perjanjian konsesi.

“Sementara menunggu maklumat lanjut, kami per- caya kerajaan akan mengimbang­i rancangann­ya jika terdapat sebarang implikasi ke atas pasaran bon,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sektor j alan bertol merupakan antara sektor paling awal dan terbesar di Malaysia yang meneroka pasaran modal hutang. Sehingga 15 Mei, 2018, sektor itu melibatkan 23 penerbit, dengan RM52.83 bilion bon dan sukuk (tidak termasuk saham pinjaman) terkumpul (RM39.79 bilion yang diberikan penarafan).

RAM berkata bon dan sukuk sektor jalan bertol sebahagian besarnya dimiliki pelabur institusi tempatan dan dana pencen berkaitan kerajaan.

“Pemadanan aliran tunai merupakan pemacu utama penarafan bagi syarikat konsesi jalan bertol. Memandangk­an istilah konsesi tidak seragam di seluruh sektor, penarafan terbitan bagi setiap jalan tol akan dinilai mengikut kes.

“Penarafan itu juga akan dibuat dengan penekanan pada masa dan jumlah pembayaran akhir daripada kerajaan, dengan tanggungan terhadap obligasi kewangan pemegang konsesi,” kata Ketua Infrastruk­tur dan Komersial RAM Chong Van Nee.

RAM berkata jika tarif tidak dilaksanak­an mengikut jadual kadar tol dalam perjanjian konsesi, kerajaan diwajibkan membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi, seperti yang telah berlaku pada masa lalu.

“Kerajaan sebelumnya memperuntu­kkan RM448 juta dalam Belanjawan 2018 untuk pampasan kepada pemegang konsesi tol,” katanya. — Bernama MIRI: Ingin menikmati hidangan yang berbeza untuk berbuka puasa? Miri Marriott Resort & Spa (MMRS) kini menyediaka­n sajian enak Lubnan bermula 15 Mei hingga 2 Jun di Zest Restaurant.

Sajian ini disediakan khas oleh cef jemputan dari Lubnan, Mustapha Hallal yang pastinya berpengala­man dalam menyediaka­n makanan Timur Tengah yang lazat dan segar.

Seperti juadah Malaysia, masakan Lubnan mempunyai keunikan tersendiri kerana cita rasa kulinari yang banyak menggunaka­n sayuran serta yogurt sebagai bahan utama.

Antara juadah Timur Tengah yang pastinya menyelerak­an ialah kambing salai, kofta gril, ayam majnous dan pelbagai manisan seperti puding susu dan baklava.

Sempena pelancaran hidangan bufet masakan Lubnan bersama Cef Mustapha, MMRS telah menjemput Datuk Bandar Miri Adam Yii, wakil pertubuhan dan media. Hadir sama Pengurus Besar MMRS Marc Cosyns.

Selain menikmati hidangan, pengunjung berpeluang menyaksika­n penyediaan makanan Lubnan melalui demonstras­i yang dilakukan semasa bufet.

 ??  ?? CITA RASA LUBNAN: Cef Mustapha (kiri) dan Adam bergambar bersama semasa pelancaran Makan Malam Bufet Ramadan Miri Marriott di Zest Restaurant, Miri Marriott Resort & Spa, baru-baru ini.
CITA RASA LUBNAN: Cef Mustapha (kiri) dan Adam bergambar bersama semasa pelancaran Makan Malam Bufet Ramadan Miri Marriott di Zest Restaurant, Miri Marriott Resort & Spa, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia