Utusan Borneo (Sarawak)

MENUNGGU KATA PUTUS PRESIDEN

FAS dijangka muktamadka­n nasib Nebojse dan pemain baharu, Nicolas minggu depan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dijangka akan memuktamad­kan nasib pemain tengah, Nebojse Marinkovic dan pemain baharu, Nicolas Alejandro Dul pada minggu hadapan.

Setiausaha Agung FAS, Jefry Lana berkata pihaknya masih menunggu kata putus daripada Presiden FAS, Datuk Posa Majais sama ada bersetuju dengan tuntutan pampasan Nebojse termasuk gaji yang dipohon Nicolas.

Menurutnya, jika Posa bersetuju dengan tuntutan pampasan Nebojse ia akan membuka laluan kepada FAS untuk mengambil Nicolas yang merupakan bekas pemain tengah Kuala Lumpur sebagai pengganti.

“FAS masih belum dapat menandatan­gani Nicolas kerana proses pelepasan Nebojse masih belum selesai.

“Selain itu, kita juga perlu mendapatka­n persetujua­n daripada Posa mengenai tuntutan pampasan Nebojse termasuk gaji yang diminta Nicolas,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Posa ketika ini sedang mengerjaka­n ibadah umrah dan akan pulang ke tanah air pada minggu hadapan.

Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan sebelum ini memberitah­u Nicolas telah melepasi saringan kecergasan dan hanya menunggu lampu hijau FAS untuk mengambiln­ya sebagai pemain Sarawak bagi menggantik­an Nebojse yang gagal menyinar.

Pemain itu mula menjalani ujian bersama Sarawak sejak 4 Mei lalu.

Dalam perkembang­an lain, FAS telah melengkapk­an pengambila­n penyerang muda berusia 18 tahun, Gibson Billy.

Menurut Jefry, pemain itu akan membuat kemunculan pertamanya bersama Sarawak pada perlawanan Liga Premier menentang Johor Darul Ta’zim II di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang pada 22 Mei ini.

Ian menyifatka­n Gibson sebagai pemain muda Sarawak yang berpotensi untuk mara lebih jauh kerana memiliki ciri-ciri penyerang berkualiti.

Perlawanan Sarawak menentang JDT II asalnya berlangsun­g di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 22 Mei ini terpaksa dipindahka­n ke Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang berikutan lampu limpah di Stadium Negeri, Petra Jaya tidak cukup terang kerana masih rosak.

FAS masih belum dapat menandatan­gani Nicolas kerana proses pelepasan Nebojse masih belum selesai.

Jefry Lana Setiausaha Agung FAS

 ??  ??
 ??  ?? PENUH PERHATIAN: Ian memberi arahan kepada Nicolas (kiri) semasa sesi latihan.
PENUH PERHATIAN: Ian memberi arahan kepada Nicolas (kiri) semasa sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia