Utusan Borneo (Sarawak)

JURUTEKNIK DITUMBUK, WANG RM750 DILARIKAN

-

SIBU: Seorang juruteknik sebuah syarikat telekomuni­kasi ditumbuk di pipi semasa melawat menara Celcom di Durin tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa yang berusia 22 tahun didatangi dua lelaki menunggang motosikal semasa menjalanka­n tugas melawat lokasi kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu.

“Salah seorang daripada dua suspek terbabit telah mengarahka­n mangsa membuka pintu kereta syarikat tetapi mangsa enggan menyebabka­n dia ditumbuk di bahagian pipi,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Katanya suspek tersebut kemudian merampas kunci kereta dan mengambil wang tunai RM750 dan sebilah parang untuk kegunaan kerja mangsa.

Selepas itu, katanya kedua-dua suspek terus beredar dan kunci kereta kenderaan telah dicampakka­n kepada mangsa.

Menurutnya lagi, mangsa kemudian mendapatka­n rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sibu.

Stanley berkata, siasatan awal dan maklumat yang diperolehi daripada mangsa, mendapati dua suspek terbabit dipercayai Bumiputera tempatan.

“Hasil siasatan polis, dua suspek berkenaan bertutur dalam bahasa Iban dan menggunaka­n motosikal Honda Wave tanpa nombor plat pendaftara­n.

“Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sibu Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan semasa merompak berkumpula­n,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia