Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada menteri dari Sarawak

Abdullah kecewa kerajaan PH ketepikan Ahli Parlimen PH dari Sarawak dalam barisan kabinet mereka

-

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengetepik­an Ahli Parlimen PH dari Sarawak dalam barisan kabinet baharu mereka.

Menurut Abdullah, walaupun beliau berlainan pendirian politik dengan Ahli Parlimen PH dari Sarawak, namun sebagai rakyat negeri ini beliau agak kecewa dengan percaturan tersebut.

“Melihat kepada cara Chong Chieng Jen menonjolka­n diri beberapa hari yang lalu, saya sangka beliau akan dilantik sebagai menteri dalam kabinet persekutua­n baharu atau mungkin Ahli Parlimen PH yang lain dari Sarawak.

“Chong adalah pengerusi PH Sarawak tetapi beliau tidak dipedulika­n oleh kerajaan PH yang baharu di Putrajaya.

“Walaupun berlainan pendirian politik dengan Chong, sejujurnya saya kecewa kerana kerajaan persekutua­n PH ternyata tidak menghormat­i rakyat negeri ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, beliau menghormat­i keputusan rakyat yang mahu mengubah kerajaan persekutua­n dan kebanyakan negeri di Semenanjun­g Malaysia.

“Ramai orang berpendapa­t demokrasi di Malaysia tercemar dan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) kerap dikritik tetapi pilihan raya demokratik di negara kita ternyata sihat dan setakat ini keadaan nampak berjalan dengan aman.

“Bagaimanap­un banyak yang boleh diperkatak­an mengenai cara kempen politik yang telah dijalankan pada Pilihan Raya Umum lalu yang bersejarah dan akan diingati kerana banyak sebab.

“Antara lain kempen politik pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini adalah antara yang paling kotor, ganas dan keji pernah dialami rakyat Malaysia,” katanya.

Jelas Abdullah lagi, beliau

Melihat kepada cara Chong Chieng Jen menonjolka­n diri beberapa hari yang lalu, saya sangka beliau akan dilantik sebagai menteri dalam kabinet persekutua­n baharu atau mungkin Ahli Parlimen PH yang lain dari Sarawak.

Abdullah Saidol Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

tidak pasti sama ada rakyat majmuk di Malaysia yang pelbagai agama dan kaum akan melihat satu sama lain seperti sebelum ini.

Katanya begitu banyak ke- bencian di tabur tanpa henti oleh ahli politik yang jahat dan tidak berhati perut.

Masa katanya, akan menentukan bagaimana masyarakat kita akan pulih dan berkem- bang secara harmoni atau sama ada prejudis bertambah buruk.

 ??  ??
 ??  ?? ABDULLAH SAIDOL
ABDULLAH SAIDOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia