Utusan Borneo (Sarawak)

PRN: PKR yakin menangi lebih tiga kerusi

Ia berdasarka­n keputusan PRU14, mulanya hanya sasar satu kerusi tetapi menang empat

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak yakin dapat memenangi lebih tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusin­ya Baru Bian berkata, ia berdasarka­n keputusan Pilihan Raya Umum ( PRU14) yang pada mulanya hanya menyasarka­n satu kerusi Parlimen tetapi menang di empat kerusi.

“Keputusan pada PRU lepas adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan ramai rakyat terkejut termasuk Barisan Nasional ( BN) yang tidak percaya dengan perubahan itu.

“Jika ia menggambar­kan sokongan rakyat, saya percaya ia menggambar­kan apa akan berlaku pada PRN akan datang dan kami yakin dapat memenangi lebih tiga kerusi DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari cawangan PKR di pejabat PKR di sini, semalam.

Baru menegaskan, bagaimanap­un ia masih terpulang kepada rakyat di negeri ini untuk membuat keputusan dan menggesa mereka supaya terus menyokong PKR atau Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan persekutua­n baharu.

“Jika mereka menyokong kami pada pilihan raya maka kami akan membantu rakyat apabila sudah diberi mandat,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Selangau itu menjelaska­n, PKR Sarawak telah bersiap sedia untuk menghadapi PRN akan datang selain terus menumpukan khidmat kepada rakyat.

Ia termasuk menyelesai­kan isu-isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR), memberi latihan kepada golongan belia serta akan memberi tumpuan kepada kebajikan masyarakat.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan percaya bahawa PRN yang sepatutnya diadakan dalam tempoh tiga tahun akan datang mungkin diadakan lebih awal.

“Saya menjangkak­an ia diadakan awal kerana saya pasti BN tidak mahu melengahka­n masa rakyat untuk percaya kepada PH dalam tempoh berkenaan.

“Dalam tempoh berkenaan sebelum PRN, PH akan membuat perubahan besar berdasarka­n manifesto yang kami akan laksanakan,” tegasnya.

Baru memberitah­u, ia dibuktikan dengan pelaksanaa­n segera manifesto PH seperti harga minyak dan pemansuhan GST.

Katanya ia adalah antara 10 inti pati utama dalam 100 hari dilaksanak­an PH apabila menawan Putrajaya dan telah dilaksanak­an kini.

Keputusan pada PRU lepas adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan ramai rakyat terkejut termasuk Barisan Nasional (BN) yang tidak percaya dengan perubahan itu.

Baru Bian Pengerusi PKR Sarawak

 ??  ?? BERSEDIA: Baru (duduk, empat kiri) bersama wakil cawangan PKR lain beraksi selepas mesyuarat diadakan semalam.
BERSEDIA: Baru (duduk, empat kiri) bersama wakil cawangan PKR lain beraksi selepas mesyuarat diadakan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia