Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar diharap sertai pelbagai pertanding­an dianjurkan dalam sistem pendidikan Cina

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang telah menghadiri Majlis Penyampaia­n Hadiah Berpidato Bahasa Cina ‘Jinhan Lianhua’ di sini kelmarin.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia merupakan penganjura­n dengan tiga jenis pertanding­an iaitu Pertanding­an Bertulis Mandarin, Kaligrafi Cina dan Berpidato Mandarin.

“Saya berharap pelajar yang telah berjaya dalam tiga pertanding­an ini sentiasa gigih menyertai pelbagai pertanding­an yang dianjurkan dalam sistem pendidikan sekolah Cina di sini.

“Bagaimanap­un, bagi pelajar yang tidak berjaya ia merupakan pengalaman yang baik yang boleh digunakan untuk memperoleh kecemerlan­gan pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Tegasnya, di sebalik kecemerlan­gan akademik pelajar, pasti ada guru yang berdedikas­i membantu mereka dan usaha individu yang gigih untuk mencapainy­a.

Justeru beliau menyaranka­n agar tenaga pengajar yang komited membantu anak murid mereka diberikan penghargaa­n yang sama.

Ketiga-tiga pertanding­an tersebut merupakan acara yang sering diadakan setiap tahun dalam kalangan pelajar daripada 56 sekolah di Provinsi Jinhanlian, China.

Beliau tahu bahawa terdapat sekolah jenis Cina di kawasan pinggir bandar yang tidak berkemampu­an untuk menghantar pelajar mereka menyertai pertanding­an di Kuching akibat daripada kekangan peruntukan kewangan pihak pengurusan sekolah.

Maka beliau menyaranka­n agar sekolah-sekolah terbabit memohon tajaan daripada Jawatankua­sa Pengurusan Sekolah Huashang agar pelajar-pelajar yang berpotensi tersebut dapat menghantar wakil bagi menunaikan impian pelajar tersebut.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Lo (enam kiri) menerima cenderamat­a daripada pihak penganjur bagi Majlis Penyampaia­n Hadiah Berpidato Bahasa Cina ‘Jinhan Lianhua’ di Kuching lewat petang kelmarin.
TERIMA KASIH: Lo (enam kiri) menerima cenderamat­a daripada pihak penganjur bagi Majlis Penyampaia­n Hadiah Berpidato Bahasa Cina ‘Jinhan Lianhua’ di Kuching lewat petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia