Utusan Borneo (Sarawak)

Guru prasekolah diingatkan pertingkat diri dengan latihan, kursus disediakan

-

MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin mengingatk­an guru- guru prasekolah terus memperting­katkan diri dengan pelbagai latihan atau kursus yang disediakan.

Katanya, ini salah satu persediaan menghadapi cabaran pendidikan yang semakin berkembang.

“Bukan sahaja guru-guru peringkat sekolah rendah atau menengah tetapi guru prasekolah turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di peringkat tadika dan taska.

“Malah, mereka ( guru tadika dan taska) juga berdepan dengan cabaran mereka sendiri memberi pendidikan awal atau asas kepada anak-anak,” katanya pada sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata memperting­kat kemahiran diri melalui kursus dan latihan antara penekanan penting bagi memajukan diri menghadapi cabaran pendidikan.

Hadir sama ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri Sim Siew Fong.

Dalam pada itu, Lee mahu guru-guru prasekolah terbabit menerapkan nilai- nilai kasih sayang terhadap anakanak didik mereka.

“Terapkan nilai ‘keibuan’ dalam mendidik anak-anak di tadika atau taska kerana dengan adanya nilai tersebut secara tidak langsung anakanak merasakan kasih sayang diberikan di samping mendidik mereka melangkah ke alam persekolah­an sebenar,” jelasnya.

Malah katanya, beliau menghargai pengorbana­n dan kesabaran guru- guru terbabit dalam melaksanak­an tugas masing-masing.

Pada majlis sama, Lee juga menyaksika­n bacaan ikrar bagi ahli jawatankua­sa baharu persatuan yang baharu dilantik pada tahun ini.

Turut diselitkan majlis penyampaia­n anugerah penghargaa­n kepada 15 guru yang telah lama berkhidmat sebagai guru prasekolah serta penyampaia­n insentif kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: (Enam kiri) Ting, Lee dan Sim menyertai yang lain meraikan sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri semalam.
RAIKAN BERSAMA: (Enam kiri) Ting, Lee dan Sim menyertai yang lain meraikan sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia