Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen BN Sarawak sambut baik peruntukan daripada kerajaan negeri

-

KUCHING: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di negeri ini menyambut baik agihan peruntukan tahunan kepada mereka oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat berkata agihan peruntukan itu merupakan langkah bijak oleh ketua menteri yang juga pengerusi BN Negeri untuk membantu Ahli Parlimen BN di negeri ini meneruskan khidmat kepada rakyat.

“Sebagai Ahli Parlimen pembangkan­g di peringkat persekutua­n, kami tidak dapat lagi mengharapk­an sebarang peruntukan daripada Putrajaya.

“Tetapi kini kami boleh menarik nafas lega kerana ketua menteri telah bersetuju untuk memberi peruntukan yang sama seperti yang diperolehi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri ini.

“Peruntukan ini amat penting untuk kami membantu rakyat dan melaksanak­an projek-projek yang bermanfaat kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas mengenai perkara itu.

Tambah Masir, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berakhir dengan kekalahan BN, Sarawak yang diperintah oleh kerajaan BN akan berhadapan dengan satu lagi pilihan raya iaitu Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pada 2021.

Justeru katanya, peruntukan ini amat bertepatan bagi membolehka­n projek- projek yang dirancang untuk rakyat dapat diteruskan seperti yang dirancang sebelum PRN12.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata peruntukan daripada kerajaan negeri ini amat penting untuk mereka meneruskan agenda pembanguna­n dalam kawasan parlimen masing-masing.

Katanya, walaupun kerajaan baharu persekutua­n kini adalah di bawah pemerintah­an Pakatan Harapan (PH) tetapi rakyat di Sarawak masih lagi menyokong BN sebagai kerajaan yang memerintah mereka.

“Peruntukan ini amat penting lebih-lebih lagi bagi rakyat di luar bandar seperti kawasan Serian ini yang masih memerlukan banyak pembanguna­n.

“Dengan adanya peruntukan daripada kerajaan negeri ini, ia akan membantu kita meneruskan projek- projek pembanguna­n kepada rakyat bukan sahaja di Serian tetapi juga di kawasankaw­asan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari kelmarin memberi jaminan bahawa Ahli Parlimen BN di negeri ini akan menikmati peruntukan yang sama seperti ADUN di negeri ini.

Peruntukan tersebut melibatkan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM1 juta, projek transforma­si luar bandar ( RTP) berjumlah RM5 juta dan RM250,000 lagi bagi Pusat Khidmat Parlimen masingmasi­ng.

Sarawak mempunyai seramai 19 Ahli Parlimen dari empat parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

 ??  ?? RICHARD RIOT JAEM
RICHARD RIOT JAEM
 ??  ?? MASIR KUJAT
MASIR KUJAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia