Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar memanfaatk­an Sarawak lebih utama berbanding jawatan menteri

-

KUCHING: Dasar yang memberi manfaat kepada Sarawak yang diperkenal­kan kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) adalah lebih utama berbanding jawatan menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, jawatan menteri untuk wakil rakyat Sarawak dalam kabinet persekutua­n bukan perkara utama.

Tegasnya, perkara utama yang paling penting adalah dasar yang dibawa kerajaan baharu di bawah PH sama ada ia menguntung­kan rakyat atau sebaliknya.

“Kalau sebelum ini kita lihat Sarawak mempunyai enam menteri adakah ia adil kepada rakyat di negeri ini?

“Jumlah menteri itu tidak penting kerana apa yang penting adalah dasar kerajaan itu sendiri yang mementingk­an rakyat atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman senarai pertama Kabinet Persekutua­n yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.

“Kita harus memberi tumpuan kepada dasar, sama ada saya gembira atau tidak gembira tidak dilantik jawatan menteri itu perkara kedua apa yang penting adalah dasar yang mementingk­an dan memberi manfaat kepada rakyat itu lebih penting yang perlu dilakukan oleh kerajaan baharu kita,” tegasnya.

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata, pada masa ini kerajaan baharu dit- erajui PH sedang mengurangk­an jumlah menteri dalam kabinet persekutua­n.

Beliau menjelaska­n penguranga­n jumlah itu dapat mengurangk­an kos perbelanja­an sekali gus memberi lebihan kewangan bagi digunakan untuk manfaat kepada rakyat.

Tambahnya, berbanding zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana 10 kementeria­n diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak berfungsi mengikut keperluan rakyat sebaliknya hanya kepentinga­n politik.

“Pengumuman khas untuk jawatan menteri dari Sarawak dan Sabah akan dilakukan pada pengumuman seterusnya nanti, jadi biar senarai penuh kabinet diumumkan dan kita akan melihat perkara ini.

“Apa yang penting Sarawak mendapat manfaat daripada kerajaan baharu sekarang, tidak lagi perlu bimbang harga petrol meningkat dan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) akan diletakkan pada kadar sifar,” jelasnya.

Senarai kabinet baharu: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Harun.

Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mo- hamed Azmin Ali, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Menteri Tenaga Manusia M. Kulasegara­n, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia