Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang perlu diperketat untuk memelihara bangunan warisan, beberapa bangunan swasta diubah suai

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan negeri telah menggazetk­an banyak bangunan lama di seluruh Sarawak sebagai bangunan warisan.

“Ini adalah untuk mengekalka­n bangunan-bangunan ini sebagai sebahagian daripada warisan kita untuk diwarisi generasi akan datang serta sebagai tarikan pelancong,” ujarnya kepada pemberita, baru-baru ini.

Karim yang juga ADUN Asajaya, berpendapa­t terdapat keperluan untuk mengetatka­n undang- undang bagi memelihara bangunan warisan kerana terdapat beberapa bangunan milik swasta yang telah diubah suai atau dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan moden.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mengambil langkah untuk memelihara bangunan bekas penjajah ini bagi tujuan pelanconga­n seperti yang dilakukan di Singapura.

Ini bertujuan mengelakka­n bangunan-bangunan berse- jarah ini daripada dirobohkan, untuk memberi laluan bagi pembinaan bangunan moden.

“Saya tidak menafikan terdapat beberapa bangunan milik persendiri­an yang telah diubah suai atau dirobohkan untuk membina bangunan moden.

“Kita perlu mengetatka­n undang-undang supaya ban- gunan warisan ini dapat dipelihara dan dikekalkan,” jelas Karim.

Sementara itu, bekas ejen pelanconga­n di sini, Robert Tan berkata di negara-negara maju, bangunan lama dianggap sebagai sejarah dan harus dipelihara.

“Mereka hanya akan membuat sedikit perubahan tetapi pada masa sama akan menjaga dan melindungi bangunan.

“Malah pemiliknya tidak dibenarkan untuk melakukan ubah suai. Sebarang urusan mesti mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

“Australia amat tegas dalam perkara ini dan anda tidak boleh melakukan kerja atau mengubah suai bangunan itu.

“Di Malaysia, kita juga mengamalka­n kaedah sama tetapi malangnya, ia berfungsi dengan cara yang berbeza. Itu tidak baik untuk pelanconga­n,” kata Tan.

Di Sibu katanya, terdapat beberapa bangunan lama seperti Muzium Memorial Hospital Lau King Howe yang perlu dijaga sebagai tarikan pelanconga­n.

 ??  ?? KARIM
KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia