Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n harus dilaksana adil, saksama walaupun tampuk pemerintah­an berubah

-

MUKAH: Kerajaan baharu diharap terus melihat Sarawak sebagai negeri yang masih memerlukan pembanguna­n walaupun ketiadaan lantikan wakil rakyat negeri ini dalam kabinet baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, setakat 14 nama menteri dilantik menggambar­kan negeri ini belum tersenarai dalam radar kabinet kerajaan baharu.

“Tetapi, kita harus memberi ruang kepada kerajaan PH membuktika­n janji 100 hari mereka dahulu,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Safiee berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembentuka­n kabinet baharu kerajaan persekutua­n diterajui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Difahamkan, senarai nama kabinet berkenaan dijadual akan mengangkat sumpah jawatan hari ini (Isnin).

Safiee berharap tumpuan pembanguna­n luar bandar Sarawak tetap jadi fokus kerajaan persekutua­n kerana tidak mahu negeri ini terpinggir daripada arus pembanguna­n perdana.

“Keutamaan harus diberi kepada Sarawak khususnya kawasan pedalaman yang masih lagi kehausan pembanguna­n,” ujarnya.

Jelasnya, penekanan juga harus diberikan kepada aspek di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n seperti sekolah, hospital, klinik serta merangkumi infrastruk­tur luar bandar yang berkaitan.

Secara ringkas, Safiee menegaskan bahawa pembanguna­n harus dilaksanak­an secara adil dan saksama walaupun tampuk pemerintah­an negara berubah.

 ??  ?? SAFIEE
SAFIEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia