Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RTP kepada Ahli Parlimen BN langkah terbaik bantu rakyat

-

KUCHING: Peruntukan RM5 juta setahun menerusi Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di negeri ini satu langkah terbaik dalam membantu rakyat.

Seramai 19 Ahli Parlimen itu juga akan diberi peruntukan RM1 juta dan RM250,000 setahun, masingmasi­ng menerusi geran projek kecil luar bandar (MRP) dan peruntukan pengurusan pusat khidmat.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas pengumuman (peruntukan).

“Ini sudah pasti membantu kami dalam menjalanka­n tugas dan amanah kepada rakyat,” kata Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika dihubungi semalam.

Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, peruntukan yang diberikan adalah untuk membantu permasalah­an rakyat dari segala kemudahan asas dan sebagainya.

“Saya akan berjumpa dengan pegawai yang mengurus hal ini untuk memahami kaedah dan bagaimana cara untuk menyalur bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan,” jelasnya.

Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab berkata peruntukan itu akan membolehka­nnya merancang dan melaksana program pembanguna­n bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu.

“Saya mengucapka­n setinggiti­nggi penghargaa­n kepada ketua menteri atas pengumuman pemberian peruntukan RTP dan MRP serta bagi membiayai pusat khidmat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), BN Sarawak menang 19 daripada 31 kerusi.

Bagaimanap­un, BN gagal membentuk kerajaan persekutua­n apabila Pakatan Harapan menang majoriti daripada 222 kerusi.

Kerajaan negeri memberi peruntukan itu memandangk­an Ahli Parlimen BN merupakan pembangkan­g dalam Dewan Rakyat, yang memungkink­an mereka tidak menerima peruntukan daripada kerajaan PH.

Bagaimanap­un setakat ini, tidak ada pengumuman daripada kerajaan persekutua­n mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkan­g.

 ??  ?? YUSUF
YUSUF
 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia