Utusan Borneo (Sarawak)

SHOSA SMK Sacred Heart dicadang distruktur semula

-

SIBU: Cadangan dibuat untuk penstruktu­ran semula Persatuan Pelajar Lama (SHOSA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart ke dalam entiti korporat lebih luas.

Presidenny­a Yong King Sung berkata ia untuk memastikan SHOSA SMK Sacred Heart terus mempunyai dana tahunan.

“Jika tidak, kita terpaksa bergantung kepada kutipan derma setiap tahun.

“Oleh itu, untuk mengelak perkara ini berterusan, kami mahu menjadikan SHOSA SMK Sacred Heart sebagai sebuah entiti korporat,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat pertama ahli jawatankua­sa SHOSA SMK Sacred Heart di sini semalam.

Hadir sama setiausaha lembaga sekolah Dr Hii Sui Cheng yang juga penasihat SHOSA dan bekas presiden, Pengetua SMK Sacred Heart David Teo, Naib Presiden SHOSA II Philip Hii, Naib Presiden SHOSA III Paul Wong dan Setiausaha Eddy Puah.

Beliau menambah, bilik SHOSA di SMK Sacred Heart kini telah hampir siap.

“Kami masih memerlukan dana untuk beberapa perabot seperti meja mesyuarat serta komputer dan alat pengimbas.

“Alat pengimbas digunakan untuk mengimbas gambar lama ( sekolah dan bekas pelajar),” katanya.

Beliau juga memberi jaminan akan meneruskan penamaan semula jalan di hadapan SMK Sacred Heart kepada Jalan Albinus.

“Kami masih mahu meneruskan usaha ini dan melakukann­ya sebagai mengenang jasa dan sumbangan Bro Albinus,” katanya.

Untuk rekod, usaha ini dimulakan di bawah jawatan presiden, Robert Lau dan dibantu Hii Chang Kee sebelum ini.

Yong mengambil alih jawatan presiden SHOSA apabila Hii Chang Kee menolak pencalonan semula kerana komitmen kerja yang memaksa beliau bertugas di luar kawasan Sibu.

Bagaimanap­un, Hii yang kini memegang jawatan setiausaha tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan masih menyokong SHOSA sebagai penasihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia