Utusan Borneo (Sarawak)

Pemansuhan­nya galak kerajaan untuk kurangkan belanjawan negara, impaknya akan dirasai rakyat

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) diharap tidak akan memberi impak kepada rakyat.

Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Datu Abang Helmi Ikhwan berkata, ini kerana pemansuhan GST akan membuat kerajaan terpaksa mengurangk­an belanjawan negara dan impaknya akan dirasai rakyat nanti.

“Sama ada GST lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) telah

Rata-rata pakar ekonomi memilih GST untuk mengukuhka­n kewangan kerajaan.

lama diperkatak­an.

“Rata- rata pakar ekonomi memilih GST untuk mengukuhka­n kewangan kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Kerajaan persekutua­n baharu di bawah Pakatan Harapan ( PH) mengumumka­n pemansuhan GST dengan dikenakan GST pada kadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun depan.

Menurut Abang Helmi, oleh kerana isu GST telah menjadi sebahagian daripada manifesto PH yang penting dan mendapat sokongan pengundi, maka kini janji itu perlu ditunaikan.

“Dengan pemansuhan GST kita faham kerajaan Pakatan Harapan terpaksa mengurangk­an belanjawan negara dan impaknya akan dirasai rakyat nanti,” katanya.

Sementara itu Kementeria­n Kewangan dalam kenyataan akhbar sebelum ini menyatakan, bekalan barang dan perkhidmat­an yang dibuat di Malaysia serta diimport yang dikenakan GST pada kadar enam peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun depan.

Menurut kementeria­n, penetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmat­an yang disenaraik­an di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pembekalan Dikecualik­an) 2014 yang kekal dikecualik­an daripada GST.

P e m a n s u h a n G S T merupakan salah satu komitmen yang dijanjikan kerajaan PH dalam manifesto 10 Janji 100 Hari mereka.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah berkata, kerajaanny­a akan mengembali­kan SST untuk menampung kesan pemansuhan GST.

Datu Abang Helmi Ikhwan Presiden DUBS

 ??  ?? KEBANGGAAN: Ahli-ahli JCI Mandarin Repok bersama anugerah diterima pada JCI Malaysia Area Sarawak Convention.
KEBANGGAAN: Ahli-ahli JCI Mandarin Repok bersama anugerah diterima pada JCI Malaysia Area Sarawak Convention.
 ??  ?? ABANG HELMI
ABANG HELMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia