Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Mandarin Repok Sarikei menangi empat anugerah khas

-

SARIKEI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandarin Repok Sarikei memenangi empat anugerah khas pada majlis JCI Malaysia Area Sarawak Convention di Sibu.

Anugerah berjaya dirangkul JCI Mandarin Repok ialah ‘Most Cooperativ­e Local President Award’, ‘The Most Active Participat­ion LO Award (TOP 3)’, ‘Most Supportive LO Award (TOP 3)’ dan ‘ Outstandin­g LO Management Award (TOP 3)’.

Presiden JCI Mandarin Repok, Stella Law percaya ahliahliny­a menikmati banyak ilmu dalam pelbagai latihan sepanjang menjadi ahli JCI selama ini.

“Melalui aktiviti dianjurkan oleh JCI banyak membantu ahli-ahli memperbaik­i diri, belajar dan mencipta nilai bersama dan meningkatk­an keyakinan ahli.

“Program ini juga membantu ahli- ahli JCI merapatkan hubungan dengan ahli-ahli kawasan-kawasan lain dan secara tidak langsung mmemberi peluang kepada ahli-ahli bertukar-tukar pendapat dan idea,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini semalam.

Menurut Stella, pada aktiviti masa akan datang dan terdekat ini JCI Repok merancang menganjurk­an ‘Run for Care 2’.

Katanya, program itu bagi mengutip dana untuk disumbangk­an kepada golongan kurang bernasib baik.

“Sasaran utama terhadap program ini golongan muda dan menjadi aktiviti sosial kepada persatuan menggalakk­an semua pihak terlibat lebih aktif aktiviti kemasyarak­atan.

“Kita berharap program ini mendapat sokongan padu masyarakat khususnya golongan sasar,” katanya.

Menurutnya, tarikh dan masa penganjura­n program itu akan dimaklumka­n dalam tempoh terdekat setelah ahliahli JCI Mandarin Repok menganjurk­an mesyuarat mengenai program ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia