Utusan Borneo (Sarawak)

Audit terhadap cukai enam peratus dijangka akan terus berlaku yang akan mengambil masa

-

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat harus terus menyimpan rekod perniagaan mereka selepas penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kerana audit terhadap cukai enam peratus berkenaan dijangka akan terus berlaku yang akan mengambil masa sehingga tujuh tahun dari masa pembekalan, kata Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd.

Firma berkenaan juga berkata, peraturan dan kewajipan GST akan terus diterapkan, termasuk memfailkan pemulangan GST, pengeluara­n invois cukai serta tuntutan kredit cukai input, di mana perlu, selain pelarasan hutang lapuk.

“Peniaga perlu memahami kesan terhadap arahan kadar sifar seperti yang membabitka­n harga dan sistem cukai,” kata Rakan Pengurusan Cukai Aseannya, Yeo Eng Ping, dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, mengarahka­n GST pada kadar sifar mulai 1 Jun, 2018 dan akan memperkena­lkan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an (SST).

Proses peralihan dari GST ke SST, mungkin mengambil masa yang singkat, justeru memerlukan pengurusan yang berhati-hati, katanya dan menambah sesebuah organisasi perlu memberikan tumpuan yang cukup selain sumber untuk memastikan proses peralihan yang lancar, mengelakka­n risiko dan merebut peluang baharu.

“Kami juga menjangkak­an pembaikan insentif cukai untuk menggalakk­an pelaburan yang tepat ke Malaysia yang dapat merangsang transforma­sinya ke dalam ekonomi baharu.

“Adalah diharap bahawa pengenalan SST yang baharu dapat dilakukan dengan kaedah di mana ia sensitif kepada operasi perniagaan serta mengambil kira sumber dan kos yang dikaitkan dengan perubahan,” kata Yeo.

SST dilaksanak­an di Malaysia selama 40 tahun sebelum ia digantikan dengan GST pada 1 April, 2015.

Ernst & Young Advisory Services menjangka akan ada beberapa perubahan

Peniaga perlu memahami kesan terhadap arahan kadar sifar seperti yang cukai. ” membabitka­n harga dan sistem Yeo Eng Ping Rakan Pengurusan Cukai ASEAN Ernst & Young

dasar dalam masa terdekat, termasuk semakan yang komprehens­if terhadap polisi dan kerangka cukai kerana kerajaan turut menimbangk­an bagaimana ia dapat melaksanak­an dan membiayai perancanga­n pembanguna­n dan sosial sambil terus mengekalka­n daya saing cukai.

Untuk itu, cukai baharu mungkin dipertimba­ngkan.

Kemungkina­n akan ada pembaikan terhadap insentif cukai untuk menggalakk­an pelaburan yang tepat ke Malaysia sebagai sebahagian daripada perancanga­n yang besar untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan menarik yang menyumbang kepada transforma­sinya ke dalam ekonomi baharu, selain memberi fokus membantu sektor tertentu seperi perniagaan kecil dan sederhana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia