Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Warisan Batu Sapi, Pantai Pasir Putih dijadikan tumpuan pelanconga­n

-

SANDAKAN: Taman Warisan Batu Sapi dan Pantai Pasir Putih akan dijadikan tempat tumpuan pelanconga­n di kawasan Batu Sapi.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong berkata beliau akan mengemukak­an perkara itu kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Christina Liew untuk diambil tindakan berhubung perancanga­n tersebut.

Pada masa sekarang, beliau berkata kedua-dua kawasan itu tidak diurus dengan baik oleh Majlis Perbandara­n Sandakan.

“Saya akan berbincang dengan Christina Liew untuk menjadikan kedua-dua kawasan itu sebagai tempat tumpuan pelancong kerana saya percaya kawasan tersebut ada potensi menjadi tarikan pelanconga­n di Batu Sapi,” katanya di sini, semalam.

Liew melawat dua kawasan itu dalam lawatan pertama beliau ke Batu Sapi selepas dipilih menjadi anggota Parlimen kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas.

Menerusi lawatan itu, Liew berkata Taman Warisan Batu Sapi tidak diselengga­ra dengan baik dan pagar masuk ke kawasan taman tersebut berkunci.

Katanya kawasan Pantai Pasir Putih yang terkenal di Batu Sapi juga tidak dis- elenggara dengan baik dan dipenuhi sampah-sarap.

Terdahulu, Liew yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan mengadakan pertemuan dengan masyarakat di Kampung Gas dan Kampung Bokara.

Pada PRU14, Liew menang dengan majoriti 4,619 undi mengalahka­n penyandang calon Barisan Nasional Datuk Linda Tsen Thau Lin serta dua calon daripada parti Amanah dan PAS. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKUT ARAHAN: Pekerja syarikat pengangkut­an Labuan menurunkan Logo 1Malaysia di bangunan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di Pasar Sentral dekat Labuan, semalam.
— Gambar Bernama IKUT ARAHAN: Pekerja syarikat pengangkut­an Labuan menurunkan Logo 1Malaysia di bangunan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di Pasar Sentral dekat Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia