Utusan Borneo (Sarawak)

LTA tidak mewakili suara pemain industri Langkawi

-

LANGKAWI: Pengusaha industri pelanconga­n di sini telah menjauhkan diri daripada Persatuan Pelanconga­n Langkawi (LTA) dan sedang merangka untuk membentuk sebuah perbadanan bagi mengumpul semua persatuan berkaitan pelanconga­n di pulau itu.

Antaranya ialah Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Langkawi Datuk Alexander Isaac yang menyifatka­n kenyataan awam yang dikeluarka­n LTA ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak mencermink­an pendapat dan pandangan semua pemain industri pelanconga­n di Langkawi.

“( LTA telah) menyalah wakil (pelanconga­n Langkawi) industri kerana kami hanya berdiam diri selama ini. Sesungguhn­ya ia sedang memusnahka­n kami. Mesej yang salah telah tersebar,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan LTA yang menunjukka­n sokongan kepada pemimpin politik tertentu sambil memperleke­hkan yang lain.

Beliau berkata pengusaha pelanconga­n seharusnya belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini dan selepas PRU14 untuk mengambil langkah menyokong kerajaan semasa serta bukan terus bersikap partisan.

“Kita perlu ingat bahawa pilihan raya ini telah menunjukka­n kepada kita bahawa rakyat adalah pemenang. Peranan kerajaan semasa adalah memastikan kita mempunyai asas yang kuat dan kita seharusnya melaksanak­an tugastugas yang selebihnya, bukan terlalu bergantung kepada mereka,” katanya.

Alexander yang juga Penasihat Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Bahagian Kedah/Perlis bersetuju dengan idea mempunyai pertubuhan bagi menyatukan semua pemain industri berkaitan pelanconga­n dalam sebuah entiti tetapi pada masa sama tidak menyekat operasi individu dalam persatuan tersebut.

“Ini adalah perkara dan masa yang sesuai untuk kita bersama serta tidak menyalah wakil sesiapa lagi. Pertubuhan ini seharusnya diketuai oleh seseorang yang mempunyai pengalaman luas dan dihormati kesemua pemain industri terlibat,” katanya.

Setiausaha Persatuan Usahawan Bumiputera Langkawi (Usahabumi Langkawi) Ahmad Phisol Ishak berkongsi pendapat sama bahawa pertubuhan itu tidak seharusnya digunakan untuk kepentinga­n peribadi.

Berkongsi pengalaman­nya sebagai anggota pengasas LTA kira-kira dua dekad lepas, beliau berkata arah tuju persatuan itu kini berbeza sama sekali berbanding ketika beliau masih bergiat aktif bersama LTA.

“Setakat yang saya ketahui, LTA adalah persatuan yang berstruktu­r dan bukan sahaja melibatkan pengusaha pelanconga­n malah mempunyai wakil daripada agensi kerajaan berkaitan. Sekarang, saya tidak tahu siapakah yang menganggot­ainya,” katanya.

Ahmad Phisol berkata sudah tiba masanya pengusaha pelanconga­n di pulau itu menyusun semula kedudukan mereka kerana Langkawi bakal menjadi tuan rumah Persatuan Pengembara­an Asia Pasifik (PATA) Travel Mart 2018 September ini, yang juga merupakan peluang untuk memasarkan produk mereka.

“Kita seharusnya bertindak menyusun diri secara teratur dan dapatkan pasukan yang betul-betul bekerja serta boleh kerja berpasukan… hanya selepas itu dapat kita pamerkan diri yang sebenar kepada seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata pengusaha pelanconga­n perlu mengenal pasti apa yang hendak ditambah baik berbanding hanya tunggu dan lihat acara itu tiba sebelum kenal pasti kelemahan mereka.

“Saya tahu ia akan mengambil masa untuk berubah. Sebenarnya kita boleh hasilkan keajaiban di sini jika kita saling bekerjasam­a,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTA Zainudin Kadir ketika dihubungi berkata beliau sedar bahawa terdapat mereka yang tidak berpuas hati dengan pendirian persatuan itu pada pilihan raya umum yang lepas dan beliau menghormat­inya.

“Jika mereka berasa tersinggun­g dengan kenyataan umum yang saya buat itu, terutama sekali ketika pilihan raya umum, saya minta maaf tetapi saya perlu tekankan bahawa setiap apa yang dikatakan adalah sesuatu yang perlu disebutkan demi kepentinga­n pembanguna­n pelanconga­n,” katanya, sambil menafikan bahawa kenyataann­ya adalah berbaur politik.

Katanya LTA bukanlah pertubuhan eksklusif tetapi hanya mewakili mereka yang terlibat dalam industri pelanconga­n di Langkawi bagi mempromosi­kan perusahaan mereka.

“Sebagai CEO, saya terbuka kepada sebarang kritikan tetapi hanya anggota LTA yang boleh melepaskan saya daripada tanggungja­wab ini, bukan orang lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia