Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun rugi RM150,000

Diperdaya serah wang untuk beli nombor ekor tidak wujud

-

KUANTAN: Seorang pekebun warga emas kerugian RM150,000 selepas diperdaya untuk menyerahka­n wang bagi pembelian nombor ekor tidak wujud di Ringlets, Cameron Highlands, bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa berumur 79 tahun telah berjumpa dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai penjaga masjid sekitar April lepas.

“Suspek memberitah­u mangsa bahawa mangsa mungkin ada nasib terkena nombor ekor. Mangsa telah percaya dan memberi kepadanya RM20 untuk mem-

Resit nombor ekor ada pada suspek tersebut. Mangsa telah menghubung­i suspek dan suspek memberitah­u mangsa sekiranya ingin mengambil RM2 juta, mangsa perlu memberinya RM150,000 terlebih dahulu.

beli nombor ekor 6d iaitu 049310 dan nombor tersebut telah kena sebanyak RM2 juta pada 2 April, 2018.

“Resit nombor ekor ada pada suspek tersebut. Mangsa telah menghubung­i suspek dan suspek memberitah­u mangsa sekiranya in- gin mengambil RM2 juta, mangsa perlu memberinya RM150,000 terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mangsa kemudianny­a telah menyerahka­n wang secara tangan sebanyak RM50,000 kepada suspek sebanyak dua kali dan RM30,000 di lokasi Gelanggang Ringlet dan Ladang Boh pada 9 April, menurut Mohd Wazir.

Selain itu, mangsa juga telah memasukkan wang sebanyak RM20,000 ke dalam akaun Hong Leong Bank diberikan suspek pada 15 April.

“Mangsa yang kemudianny­a menghubung­i suspek tetapi gagal, telah berasa ditipu lalu pergi ke Balai Polis Ringlets untuk membuat laporan semalam (kelmarin),” katanya.

Kesdisiasa­tmengikutS­eksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan. — Bernama

Supt Mohd Wazir Yusof Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia