Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas terhadap peniaga naik sewa tapak tinggi

-

SEREMBAN: Kerajaan negeri harus mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penganjur yang menyewakan tapak bazar Ramadan di Dataran Senawang, di sini dengan kadar tinggi dan tidak munasabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Dr Mohamad Taufek Abd Ghani berkata pihaknya mendapat aduan mengatakan bahawa tapak berkenaan disewa dengan kadar RM1,000 hingga RM1,500 sepetak, iaitu mencecah lebih 120 hingga 150 peratus daripada sewa yang ditetapkan.

“Salah guna kuasa berlaku berikutan peniaga asal hanya membayar RM100 bagi mendapatka­n lesen daripada Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) sebelum mereka menggunaka­n konsep Ali Baba.

“Kita kesal dengan masalah yang berlarutan sejak empat tahun lepas dan tapak bazar ini adalah terbesar di Negeri Sembilan. Jika kita mempu- nyai bukti, peniaga ini akan dihalang daripada menerima bantuan lain kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Yang Dipertua MPS Datuk Abd Halim Abd Latiff serta Pengarah Pelesenan dan Pembersiha­n MPS Iskandar Arifin.

Sementara itu, Abd Halim berkata bagi perniagaan berkelompo­k sebanyak 34 penganjur telah diberi tapak menjadikan keseluruha­nnya 204 tapak.

Beliau berkata pihak penganjur yang terlibat ialah badan bukan kerajaan (NGO), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan pihak pengurusan masjid.

“Bermula minggu depan, kita (MPS) akan mengadakan serbuan bersama pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri Sembilan. Jika didapati bersalah, peniaga dan penganjur akan disenarai hitam serta dihadapkan ke mahkamah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN TAPAK: Mohamad Taufek (tiga kanan) berbual mesra bersama peniaga di tapak bazar Ramadan sempena lawatan ke tapak Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) di Tapak Bazar Ramadan Senawang, Rembau, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN TAPAK: Mohamad Taufek (tiga kanan) berbual mesra bersama peniaga di tapak bazar Ramadan sempena lawatan ke tapak Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) di Tapak Bazar Ramadan Senawang, Rembau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia