Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang lagi suspek kejadian samun di Damansara Jaya ditembak

-

KUALA LUMPUR: Seorang lagi suspek kejadian samun di sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Damansara Jaya, dekat sini kelmarin, ditembak mati.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata suspek lelaki berumur 22 tahun itu maut dalam kejadian berbalas tembakan di kawasan Bukit Beruntung jam 1 pagi semalam.

Fadzil berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mengejar kereta Honda Civic yang dipandu suspek sebelum kenderaan itu terbabas akibat terlanggar pokok.

“Suspek keluar dari kenderaan tersebut dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota.

“Pasukan polis telah membalas beberapa das tembakan ke arah suspek dan suspek berjaya ditumpaska­n,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pemeriksaa­n membawa kepada penemuan sepucuk pistol revolver berisi tiga butir peluru serta dua kelonsong dan beberapa bentuk barang kemas dari kedai emas yang dirompak.

“Suspek mempunyai dua rekod jenayah dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang kelmarin, enam suspek yang memakai topi keledar bervisor hitam telah menyerbu masuk kedai emas di pusat beli-belah di Damansara Jaya, dengan bersenjata­kan tiga pucuk pistol untuk menyamun.

Polis menembak mati dua suspek ketika cuba melarikan diri manakala empat suspek berjaya ditahan. — Bernama GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Britain cedera dan tidak sedarkan diri akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di hadapan Restoran Jaya, berhampira­n Black and White Jalan Penang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata, bagaimanap­un keterangan mangsa yang luka pada bahagian leher itu tidak dapat diambil berikutan sedang diberikan rawatan dan tidak sedarkan diri.

“Siasatan di tempat kejadian hasil maklumat daripada rakan mangsa mendapati terdapat kesan darah di hadapan restoran tersebut.

“Rakan mangsa yang juga warga Britain menyatakan dia tidak tahu tentang kejadian itu dan hanya nampak sekumpulan lelaki berkulit gelap berkumpul. Ketika sampai dia melihat mangsa sudah terbaring serta berlumuran darah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian adalah kabur dan terlindung.

Anuar berkata susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 38 tahun dan suspek direman hingga Khamis ini serta memburu suspek yang masih bebas.

Beliau berkata polis akan menjalanka­n siasatan susulan sebaik sahaja mangsa stabil dan selesai menjalani rawatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia