Utusan Borneo (Sarawak)

MQA perlu kaji semula modul pengajian pengurusan pelanconga­n di semua IPT

-

PETALING JAYA: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) disaran untuk mengkaji semula modul pengajian pengurusan pelanconga­n di semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam melahirkan graduan lebih berkualiti sekali gus lebih ramai pakar bagi membangunk­an industri itu.

Pengerusi Nexus Produktivi­ti Pelanconga­n ( TPN) Uzaidi Udanis berkata semua standard baharu perlu ditetapkan MQA dalam memberi akreditasi kepada IPT yang menawarkan jurusan tersebut terutama di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Jelasnya antara aspek yang perlu dipertimba­ngkan adalah melanjutka­n tempoh latihan industri kepada setahun, untuk menyediaka­n pendedahan lebih mendalam menerusi latihan di tempat kerja dalam industri.

“Tempoh latihan industri tiga bulan seperti sedia ada dilihat tidak relevan lagi, pembelajar­an teori terlalu banyak pun tidak perlu kerana ia tidak membantu graduan di lapangan kerja dalam industri pelanconga­n,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat lalu.

Ujarnya seiring dengan perubahan zaman, kursus di IPT juga perlu diselarask­an dengan peluang perniagaan baharu termasuk yang dijalankan menerusi dalam talian.

“Selera pelancong masa kini juga tidak sama dengan dahulu, berbanding hotel mereka lebih gemar memilih hostel dan rumah inap yang dirasakan lebih menarik dan memberi pengalaman tempatan kepada pelancong .”

“Semua tempahan hanya dilakukan di hujung jari sekarang malah semua portal ini bersaing dalam menawarkan perkhidmat­an dan harga terbaik, jadi aspek ini juga perlu diberi perhatian.

“Terdapat juga beberapa beberapa bidang yang khusus dan baru seperti pengurusan acara, konvensyen, insentif, agro pelanconga­n dan pelanconga­n perubatan yang perlu didedah semasa tempoh industri latihan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia