Utusan Borneo (Sarawak)

Pertemuan pertama selepas Dr Mahathir kembali menerajui pentadbira­n negara

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan perdana menteri baharu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bagi perbincang­an dua hala di sini, semalam, pertemuan pertama mereka selepas Dr Mahathir kembali menerajui negara susulan kemenangan Pakatan Harapan pimpinanny­a dalam pilihan raya umum pada 9 Mei.

Pertemuan selama kira-kira 30 minit itu berlangsun­g di Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF), tempat Dr Mahathir menjalanka­n tugasnya ketika ini.

“Mereka berbincang selama 30 minit mengenai hubungan dua negara,” menurut catatan dalam akaun rasmi Dr Mahathir @chedetoffi­cial.

Lee yang segak memakai baju batik dan delegasiny­a tiba di PLF pada jam 11 pagi, yang telah mencetuska­n suasana gamat dalam kalangan begitu ramai pemberita tempatan dan antarabang­sa yang telah berkampung di pintu masuk PLF sejak 10 Mei. Ketibaan Lee di lobi PLF disambut oleh Dr Mahathir.

Turut hadir isteri keduadua pemimpin Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Ho Ching.

Lee merupakan pemimpin ASEAN yang kedua mengunjung­i Dr Mahathir selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum. Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan pemimpin ASEAN yang pertama mengunjung­i Dr Mahathir, dalam lawatannya pada Isnin lepas.

Dr Mahathir, 92, mengang- kat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk mencatatka­n kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14, sekali gus menjadi perdana menteri paling tua di dunia.

Rabu lepas, Lee mengumumka­n dalam sidang Parlimen Singapura bahawa beliau akan melakukan lawatan ke Malaysia untuk bertemu Dr Mahathir.

Beliau dipetik oleh Channel NewsAsia sebagai berkata, beliau teruja untuk sekali lagi bekerjasam­a dengan Dr Mahathir demi faedah bersama.

Lee berkata Singapura juga telah bekerjasam­a dengan Dr Mahathir dan beberapa anggota pasukannya sebelum ini dengan menyiapkan beberapa projek termasuk Link Kedua di Tuas, semasa tempoh terdahulu Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia dari 1981 sehingga 2003. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISAMBUT: Tun Mahathir menyambut ketibaanny­a rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama DISAMBUT: Tun Mahathir menyambut ketibaanny­a rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia