Utusan Borneo (Sarawak)

Syamsul Debat lepas semua jawatan dalam UMNO

-

SEREMBAN: Personalit­i program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat semalam mengumumka­n melepaskan semua jawatan dalam UMNO berikutan kekalahann­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Syamsul, 41, berkata beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan Panchor serta Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia.

“Saya juga tidak akan mena- warkan diri atau bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO untuk memberi laluan kepada pemimpin lain. Ikhlas buat semua rakanrakan Pemuda UMNO dan Jawatankua­sa UMNO Bahagian Seremban, mengambil tanggungja­wab atas apa yang berlaku dalam PRU14 lepas, maka dengan ini saya meletakkan semua jawatan saya dalam UMNO.

“Selamat maju jaya buat sahabat-sahabat sepanjang kita bersama. Insya-Allah saya sentiasa bersedia memberi buah fikiran dan pandangan atas nama persahabat­an serta semangat silaturahi­m,” katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook ‘Syamsul Amri Ismail Official’ semalam.

Beliau berkata kini tumpuannya adalah kepada kerja-kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ceramah motivasi.

Dalam PRU14, Syamsul serta dua calon daripada PAS dan Bebas tewas kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri Aminuddin Harun dalam saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sikamat, dengan majoriti 3,413 undi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia