Utusan Borneo (Sarawak)

Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan: Ahmad Razif

-

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormat­i pendirian Datuk Seri Jailani Johari yang meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Terengganu.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata keputusan itu adalah hak peribadi Johari tanpa sebarang paksaan.

Mengenai desakan Johari supaya beliau turut mengundurk­an diri juga adalah hak Johari dalam melahirkan pendapat berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun memutuskan tidak akan berbuat demikian ketika ini.

“BN Terengganu sedang melakukan bedah siasat berkenaan perkara tersebut dan ia tentunya akan mencapai kata putus tidak lama lagi.

Namun buat masa ini, mengundurk­an diri daripada tanggungja­wab memulihkan parti secara tergesa-gesa bukanlah tindakan tepat apatah lagi semua pihak berada dalam keadaan getir dan perlu bersama- sama menggalas tanggungja­wap kerana masih ada rakyat yang menyokong serta memilih BN,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Ahmad Razif yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu turut menyeru supaya anggota yang masih setia untuk terus bersamasam­a mengharung­i cabaran mendatang.

“Marilah kita sama-sama harungi detik mencabar ini tetapi jika terdapat desakan berterusan daripada anggota parti supaya saya mengundurk­an diri, biarlah ia dibuat dengan cara istiqomah seiring semangat berpasukan yang sentiasa bersama di saat suka dan duka,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid mendakwa tindakan Jailani yang mendesak Ahmad Razif meletak jawatan tidak ubah seperti meludah ke langit.

“Oleh itu, tidak adil meminta supaya Ahmad Razif menanggung semua beban kekalahan parti kerana sebagai timbalan (Jailani) dia juga memikul tanggungja­wab besar untuk memantap dan memperkuku­hkan jentera BN bukan sahaja di Hulu Terengganu tetapi seluruh negeri,” katanya.

Jailani yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyuaraka­n desakan itu selepas mengumumka­n pengundura­nnya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Terengganu dan Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu pada Mesyuarat Berkelompo­k dan Sayap UMNO kelmarin.

Namun begitu, nada berbeza diutarakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Ajil), Ghazali Taib yang menganggap bahawa Jailani mempunyai hak sebagai ahli yang bebas untuk mengutarak­an pendapat terhadap parti.

Sungguhpun begitu, beliau berpendapa­t peletakan jawatan Ahmad Razif bukanlah penyelesai­an terbaik kerana kekalahan BN bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh negara yang memperliha­tkan penolakan rakyat terhadap parti keramat orang Melayu secara kolektif.

“Namun begitu, ada juga sedikit kebenarann­ya dalam kata- kata beliau ( Jailani) kerana sedari awal ada calon yang diletakkan itu bermasalah dan sudah ditolak rakyat. Kesilapan UMNO adalah dari peringkat bawahan membawa ke peringkat atasan. Silap yang sikit-sikit ini akhirnya terkumpul menjadi banyak lalu mebawa kekalahan teruk kepada BN.

Selain itu banyak sangat masalah dalaman seperti pengkhiana­tan, sabotaj, tiadanya semangat setia kawan dan politiking yang sangat kuat sehingga menyebabka­n masing- masing gagal memberikan komitmen 100 peratus dalam menghadapi PRU14. Kesilapan yang BN buat adalah secara kolektif…oleh itu hukuman yang rakyat beri juga adalah secara kolektif.

Sehubungan itu, Ghazali meminta supaya semua pihak tidak lagi menuding jari sesama sendiri, bermuhasab­ah dan mencari jalan terbaik untuk memulih serta menguatkan parti bagi menghadapi cabaran akan datang. — Bernama

Penjelasan mengenai perkembang­an terbaharu itu kepada Sultan Selangor amat penting kerana ia melibatkan jawatan menteri besar dan sebarang perubahan perlu berjalan dalam keadaan tertib dan teratur. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Selangor

Mohamed Azmin berkata beliau bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bagi mendapat gambaran terperinci mengenai peranan yang akan dimainkann­ya selepas diumumkan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. KUALA KANGSAR: Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan antara 10 yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Perak semalam.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan berlangsun­g di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandaria­h di sini.

Lima daripada Exco yang dilantik adalah daripada DAP iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan; Wong May Ing (Pantai Remis); Yong Choo Kiong (Tronoh); Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi) Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dalam masa terdekat bagi memaklumka­n tentang tugasan baharu yang diberikan perdana menteri sebelum membuat keputusan rasmi mengenai kedudukann­ya.

“Penjelasan mengenai perkembang­an terbaharu itu dan Lee Chuan How (Pasir Pinji).

Sementara itu, selain Muhammad Nizar yang merupakan ADUN Sungai Rapat, dua lagi Exco yang mewakili Amanah adalah Asmuni Awi (Manjoi) dan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Titi Serong).

Dua lagi Exco adalah dari PKR iaitu Tan Kar Hing ( Simpang Pulai) dan Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau).

Bagaimanap­un, portfolio semua Exco berkenaan akan dimaklumka­n kemudian.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (PH) me- kepada Sultan Selangor amat penting kerana ia melibatkan jawatan menteri besar dan sebarang perubahan perlu berjalan dalam keadaan tertib dan teratur,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Kelmarin, Dr Mahathir mengumumka­n senarai 15 menteri kabinet termasuk menamakan Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. menangi 29 kerusi DUN, namun berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat majoriti mudah 31 kerusi setelah dua ADUN Barisan Nasional (BN) menyokong PH.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang merupakan ADUN Chenderian­g mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Perak ke-12 pada 12 Mei lepas.

Pada PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menewaskan calon BN, Chong Shin Heng dan Nordin Hassan daripada PAS dengan majoriti 39 undi. — Bernama

Dalam reaksinya, Mohamed Azmin dilaporkan berkata beliau tidak akan memegang dua jawatan itu serentak dan akan bertemu dengan perdana menteri untuk membincang­kan bidang tugas serta mendapatka­n penjelasan lanjut mengenai pelantikan­nya sebagai menteri peringkat persekutua­n.

Ditanya mengenai perkara pertama yang akan dilakukan jika menerima keputusan menjadi menteri kabinet, Mohamed Azmin berkata beliau akan melihat semula semua projek mega yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata keutamaan akan diberikan kepada projek yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti bekalan air dan perumahan awam yang mana kerajaan Selangor mempunyai kepakaran dan pengalaman mengenainy­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia