Utusan Borneo (Sarawak)

Ledecky dominasi acara 200m gaya bebas

-

LOS ANGELES: Katie Ledecky mencatatka­n kemenangan ketiganya dalam masa tiga hari di kejohanan Pro Swim Series di Indianapol­is kelmarin dengan renangan yang dominan dalam acara 200 meter gaya bebas.

Ledecky, pemenang pingat emas Olimpik sebanyak lima kali yang memulakan kejohanan pertamanya sebagai perenang profesiona­l dengan rekod dunia dalam acara 1,500 meter gaya bebas pada Rabu lepas, mencatatka­n masa 1 minit 55.42 saat untuk menewaskan juara berganda Olimpik Simone Manuel 2.64 saat di hadapan.

Ledecky memulakan petangnya sejam sebelum itu dengan menduduki tempat ketiga dalam acara 400 meter rampaian individu yang dimenangi Melanie Margalis dalam masa 4:36.81.

“Saya agak gembira dengannya selepas acara 400 meter rampaian individu,” kata Ledecky.

Manuel memenangi acara 50 meter sejurus sebelum pertanding­an akhir 200 meter gaya bebas yang menyaksika­n kesemua lapan wanita berenang di bawah masa dua minit.

Perenang Olimpik dari Kanada Taylor Ruck, yang menduduki tempat ketiga dalam acara 500 meter gaya bebas, kembali tidak lama kemudian untuk memenangi acara 200 meter kuak lentang.

Ruck, yang memenangi lapan pingat yang menyamai rekod di Sukan Komanwel pada bulan lepas, menang dalam masa 2:08.11, manakala Asia Seidt di tempat kedua dalam masa 2:10.00.

Ia merupakan kemenangan kedua Ruck, 17, pada minggu ini selepas kemenangan­nya dalam acara 100 meter gaya bebas pada Khamis lepas.

Perenang Olimpik dari Amerika Syarikat Nathan Adrian menambah kejuaraan 50 meter gaya bebas kepada acara 100 meter gaya bebas yang dia menangi Khamis lepas, dengan mencatatka­n masa 21.97 saat untuk menamatkan perlumbaan di hadapan perenang Mesir yang berpangkal­an di Indiana, Ali Khalafalla (22.14).

“Saya berpendapa­t saya telah menjalanka­n tugas dengan baik dari segi pendekatan saya dan itulah tujuan kejohanan ini, untuk mengasah cara kami bersiap sedia untuk perlumbaan,” kata Adrian.

“Bermain-main dan bereksperi­men juga menjadikan­nya seronok, jadi kami melakukan perkara itu sedikit – hanya berusaha sedaya upaya untuk memastikan ia tidak menjadi basi.

“Ia adalah kuad yang lama,” ujarnya mengenai tempoh empat tahun antara temasya Olimpik.

“Terutamany­a kerana saya semakin tua – buat masa sekarang saya amat gembira dengan kedudukan kami.” — AFP

 ??  ?? GUERRERO
GUERRERO
 ??  ?? LEDECKY
LEDECKY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia