Utusan Borneo (Sarawak)

Loew kutuk tindakan Wagner

-

BERLIN: Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew kelmarin membidas kritikan Sandro Wagner, yang bersara daripada bola sepak antarabang­sa pada pertengaha­n minggu ini setelah tidak dipilih untuk menyertai skuad besar Piala Dunia.

“Saya menganggap­nya sebagai kritikan terhadap pemain lain dan dia menggambar­kan beberapa pemain, yang sudah bermain untuk kami selama-lamanya dan merupakan pemain senior, seakan- akan mereka adalah orang yang bodoh betul,” kata Loew di satu acara di Berlin kelmarin.

“Dia menggambar­kanbahawam­ereka bersama kita (dalam skuad kebangsaan) hanya kerana mereka tidak menyu a r a k a n pendapat mereka.

“D i a k a t a o r a n g lain tidak memb u k a m u l u t . A p a k a h yang harus difikirkan oleh pemain seperti Jerome (Boateng) dan Mats ( Hummels)? Ia tidak masuk akal sama sekali.” Wagner, yang lantang bersuara dan menjaringk­an lima gol ketika Jerman layak ke Rusia 2018 dengan rekod 10 kemenangan yang sempurna, meletak jawatan daripada tugasan antarabang­sa setelah tidak disenaraik­an dalam skuad besar 27 pemain Selasa lepas. “Bagi saya, ia adalah jelas bahawa saya nampak tidak secocok dengan pasukan kejurulati­han dalam cara saya sentiasa terbuka, jujur dan menangani keadaan secara terus- terang,” kata Wagner dengan berang, selepas dia membuat lapan penampilan untuk Jerman.

Penyerang tegap itu, yang merupakan pemain sokongan kepada Robert Lewandowsk­i di Bayern, berang apabila Loew memilih untuk menyenarai­kan Timo Werner dari RB Leipzig, Mario Gomez dari VfB

Stuttgart dan Nils Petersen dari Freiburg sebagai penyerangn­ya.

Wagner secara tidak langsung menuduh skuad Jerman penuh dengan ‘kaki bodek’, satu tanggapan yang ditolak oleh Loew.

“Saya dapat faham sedikit bahawa dia kecewa, itu adalah jelas,” kata jurulatih Jerman yang pernah memenangi Piala Dunia itu.

“Tetapi saya dapati reaksinya sedikit keterlalua­n.”

Jerman membuka kempen Piala Dunia mereka menentang Mexico di Moscow pada 17 Jun selain berdepan dengan Korea Selatan dan Sweden dalam Kumpulan F. — AFP

 ??  ?? WAGNER
WAGNER
 ??  ?? LOEW
LOEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia