Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic dan Nadal akan bertemu buat kali ke-51

-

ROM: Novak Djokovic menempah perlawanan separuh akhir yang menarik menentang musuh lama Rafael Nadal selepas kedua- dua bekas pemain nombor satu dunia itu bangkit dalam perlawanan suku akhir yang rancak kelmarin.

Pemain Serbia itu bangkit dalam perlawanan menentang Kei Nishikori untuk mencatatka­n kemenangan 2-6, 6-1, 6-3 manakala Nadal, pemain pilihan utama, meneruskan dominasiny­a atas gelanggang tanah liat dengan kemenangan 4-6, 6-1, 6-2 ke atas pemain Itali, Fabio Fognini.

Pada hari yang dramatik dan meletihkan di ibu negara Itali, kemenangan suku akhir turut diperolehi juara tiga kali Maria Sharapova dan juara lelaki bertahan Alexander Zverev.

Djokovic, pemain pilihan ke-11 selepas masalah kecederaan siku, menewaskan pemain utama Jepun buat kali ke-12 berturut-turut.

“Ia adalah perlawanan yang hebat, kami bersaing sengit sepanjang perlawanan sehingga ke pukulan terakhir. Dia bermula, dia tiada cacat cela dari kedua-dua hujung,” kata Djokovic yang akan menentang Nadal buat kali ke-51, dengan kelebihan kecil 26-24.

Nadal menewaskan Djokovic dalam pertemuan terakhir mereka pada Mei 2017 dalam perlawanan separuh akhir di Madrid dan pemain Serbia itu pasti mahu membalas dendam selepas menang tujuh kali berturuttu­rut sebelum itu.

“Kita akan lihat esok. Saya tidak bermain dalam begitu banyak perlawanan sejak enam bulan lalu,” kata Djoko- vic yang kali terakhir mara ke peringkat separuh akhir di Eastbourne sehari sebelum Wimbledon pada 2017.

“Dari segi fizikal, saya OK. Saya hanya perlu berehat sekarang dan kemudian keluar dan memberikan segalanya yang saya miliki.”

Nadal, yang menduduki ranking kedua, perlu menjulang kejuaraan karier kelapan di Foro Italico pada hari ini ( Ahad) untuk kembali ke tempat teratas ranking selepas dia melepaskan kedudukan itu kepada Roger Federer pada minggu lepas.

Nadal tewas dalam set pembukaan kepada Fognini dalam masa sejam tetapi bangkit semula tanpa sebarang masalah apabila dia melepasi pemain Itali itu dalam set-set kedua dan ketiga yang berat sebelah.

“Saya tidak biasa bermain begitu awal,” kata Nadal mengenai perlawanan­nya pada waktu tengah hari. “Tetapi saya sangat gembira untuk mara ke peringkat separuh akhir.

“Ini adalah kemenangan yang sangat penting bagi saya pada hari ini.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TENANG: Aksi Djokovic ketika menentang Nishikori pada suku akhir Terbuka Itali.
— Gambar Reuters TENANG: Aksi Djokovic ketika menentang Nishikori pada suku akhir Terbuka Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia