Utusan Borneo (Sarawak)

132 pemain ambil bahagian pada Bisaya Babulang Golf

-

MIRI: Seramai 132 pemain golf mengambil bahagian pada Bisaya Babulang Golf 2018 yang julung kali diadakan di Kelab Golf Miri (KGM) semalam.

Pengarah pertanding­an, Daniel Sagoh berkata peserta yang mengambil bahagian termasuk dari Brunei, Kuching, Labuan, Lawas, Limbang, Bintulu dan Miri.

Beliau berkata, sebanyak tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki/Wanita Terbuka, Tertutup (Bisaya sahaja) dan Tetamu Jemputan Orang Kenamaan.

“Pertanding­an ini adalah sempena penganjura­n Pesta Babulang Bisaya. Selain penyertaan 15 pemain Bisaya dan dua wanita ia turut disertai rakan-rakan persatuan dan organisasi lain,” katanya semasa ‘tee off’ pertanding­an Bisaya Babulang Golf anjuran Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) di KGM semalam.

Sementara itu, Presiden PBS Antonio Kahti Galis berkata beliau gembira kerana pertanding­an itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada peserta.

“Saya berharap pertanding­an ini dapat diadakan pada tahun hadapan. Terima kasih kepada penganjur yang me- naja hadiah cabutan bertuah dan peserta mengambil bahagian,” katanya.

Antonio menambah, pertanding­an itu bertujuan untuk mengutip dana bagi menjayakan Pesta Babulang yang disambut setiap tahun di Limbang.

Turut mengambil bahagian pada pertanding­an itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Mulu merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Gerawat Gala dan Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh ( DBNA), Datu Ik Pahon Joyik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia