Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikh Liga Kuching 2018 belum ditentukan

-

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (PBBK), Fazzrudin Abdul Rahman memberitah­u, pihaknya masih belum dapat memutuskan tarikh sebenar untuk memulakan saingan Liga Kuching (K-League) 2018.

Bagaimanap­un, Ahli Dewan Undangan Nenegri (ADUN) Tupong itu menjelaska­n kejohanan berprestij itu dijangka bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Tarikh sebenar belum kita putuskan namun yang pasti ia akan bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitir­i nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, PBBK tidak mahu memberi tekanan kepada pasukan-pasukan yang berminat turut serta terburubur­u membuat persediaan jika tarikh permulaan liga dalam waktu terdekat.

Ini kerana, katanya, PBBK mahu mencari kualiti dalam penganjura­n liga kali ini yang menjadi sebahagian daripada program pembanguna­n bola sepak Bahagian Kuching.

“Saya menyasarka­n sekurang-kurangnya 12 pasukan mengambil bahagian pada liga kali ini. Lagi banyak lagi bagus, kita boleh pecahkan kepada dua kumpulan.

“Kita mahu saingan liga kali ini lebih rancak dan pada masa sama, liga ini akan kita gunakan bagi mencari pemainpema­in muda berpotensi.

“Selain itu, penganjura­n Piala Datuk Patinggi Abang Johari 2018 juga diteruskan seperti biasa,” kata Fazzrudin merupakan pengurus skuad Kuching FA bersaing pada kempen Piala FAM 2018.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN
 ??  ?? JUARA: Pemain No Name FC menjuarai kejohanan Liga Bola Sepak Persahabat­an KSRRSK 2018.
JUARA: Pemain No Name FC menjuarai kejohanan Liga Bola Sepak Persahabat­an KSRRSK 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia