Utusan Borneo (Sarawak)

Dion Wiyoko & Rianti Cartwright dalam siri baru asal Viu Indonesia, Sunshine

-

DUA pelakon utama Indonesia iaitu Dion Wiyoko dan Rianti Cartwright merupakan bintang utama dalam siri asal terbaru Perkhidmat­an Video OTT Viu Indonesia berjudul ‘Sunshine’.

Ini merupakan Siri Asal ketiga Indonesia bagi Viu setelah kejayaan ‘Switch’ (2017) dan ‘The Publicist’ (2017).

Dion Wiyoko telah membintang­i banyak filem seperti ‘Last Barongsai’ (2017) dan ‘Cek Toko Sebelah’ (2016) manakala Rianti Cartwright telah membintang­i pelbagai filem dan lebih dikenali dengan peranan utamanya sebagai Aisha dalam filem romantik hit Indonesia, ‘Ayat-Ayat Cinta’.

“Viu adalah tempat bagi pengkarya Indonesia terbaik dan bertindak sebagai platform paling relevan bagi mereka untuk menyampaik­an cerita secara terus kepada pelanggan. Dengan kehadiran kami di 15 buah negara di seluruh negara, Viu menyediaka­n pengkarya Indonesia peluang untuk menunjukka­n hasil seni terbaik mereka merentasi sempadan kepada lebih 16 juta pengguna aktif setiap bulan,” kata Varun Mehta, Pengurus Negara bagi Viu Indonesia.

“Kami amat teruja untuk memainkan peranan sebagai Langit dan Bintang. Siri ini mempunyai jalan cerita yang menarik mengenai perjalanan seorang pemuda dalam pencarian dirinya. ‘Sunshine’ adalah mengenai sentimen belia Indonesia dan penonton Viu akan terus dapat merasai bahawa cerita ini dekat dengan diri mereka,” kata Dion dan Rianti dalam satu kenyataan media.

Ini merupakan cerita terbaharu yang dikeluarka­n Viu bagi 2018 setelah kejayaan siri asal ‘Switch’ dan ‘The Publicist’ yang telah mendapat berjuta tontonan di seluruh pasaran Viu.

Bagi usaha ini, Viu bekerjasam­a dengan penulis dan pengarah Alyandra Pandjipoer­a (London Love Story 1 dan My Idiot Brother).

Siri Asal dari Viu ini memaparkan kisah seorang bapa yang berjaya, dan diadun dengan kisah cintanya.

Apabila anak lelaki kecilnya bertanya tentang kehidupann­ya sebelum berkahwin, termasuk tentang bagaimana dia bertemu dan jatuh cinta dengan ibunya, si bapa menceritak­an semula kisah percintaan­nya dengan empat orang wanita, dengan menukar nama-nama mereka kepada Bulan, Bintang, Matahari dan Bumi, agar anak lelakinya itu dapat memulakan perjalanan untuk mencari siapakah yang menjadi ibunya.

“‘Sunshine’ adalah drama romantik yang menarik dan saya yakin bahawa Sunshine akan menjadi satu daripada siri kegemaran dalam kalangan penonton Viu,” kata pengarahny­a Alyandra Pandjipoer­a.

Ditaja oleh Wardah, ‘Sunshine’ akan diterbitka­n untuk musim pertama yang terdiri daripada 13 episod dan boleh didapati secara eksklusif di aplikasi dan laman web Viu bermula Mei 2018.

Maklumat lanjut mengenai ‘Sunshine’ boleh didapati di akaun media sosial Viu di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, dan www.dramabange­t.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia