Utusan Borneo (Sarawak)

11 terkorban, 28 cedera rusuhan penjara di Venezuela

-

BARQUISIME­TO: Satu rusuhan penjara di utara Venezuela telah menyebabka­n sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan 28 lagi tercedera, menurut sebuah kumpulan hak asasi kelmarin, tragedi terbaharu yang melanda fasiliti penahanan yang sangat sesak di negara ini.

Insiden di penjara di pekan Iribarren, yang meletus pada Khamis lepas, muncul hanya beberapa hari sebelum Presiden sosialis Nicolas Maduro mendapatka­n pemilihan semula di negara Amerika Selatan yang dilanda krisis.

“Terdapat satu kebangkita­n yang menyebabka­n 11 kematian, termasuk dua pengawal dan sembilan banduan,” Carlos Nieto, pengarah bagi kumpulan hak asasi banduan A Window on Freedom, memberitah­u AFP.

Beberapa banduan telah merampas sepucuk senjata daripada seorang pengawal, mencetuska­n satu kejadian tembak-menembak selama 20 minit, menurut kumpulan tersebut, memetik kepada anggota keluarga mangsa.

Kelmarin, pihak berkuasa telah merampas semula kawalan terhadap penjara, di mana kira-kira 100 saudara- mara tahanan telah berkumpul, mendapatka­n maklumat mengenai keganasan maut tersebut.

Di dalam rumah mayat di pekan berhampira­n Barquisime­to, ramai yang lain datang untuk mengenal pasti mayat, beberapa orang dari mereka mempunyai kesan tembakan atau tikaman.

Mayat 11 orang yang terbunuh adakah “dalam keadaan teruk, banyak kesan luka, ditikam, ditembak. Syukur kepada Tuhan adik lelaki saya tiada di sana,” menurut seorang saudara perempuan kepada seorang banduan, yang meminta namanya tidak dikenal pasti.

Penjara di Venezuela telah mengalami keadaan yang terlalu padat dan kekurangan bekalan asas, berdepan dengan krisis ekonomi yang mendalam yang telah membelengg­u negara pengeluara­n minyak yang pernah kaya sebelum ini.

Hampir 400 orang telah meninggal dunia di dalam penjara negara sejak 2011, menurut kepada jumlah rasmi dan kumpulan hak asasi.

Pada Mac lepas, 68 orang telah meninggal dunia dalam satu kebakaran di sebuah penjara di balai polis bandar utara Valencia. Kebakaran itu dilakukan oleh beberapa tahanan yang mahu memaksa pengawal agar membuka sel mereka dalam satu usaha untuk melarikan diri.

Pada bulan lepas, lima anggota polis telah didakwa dengan homisid untuk kebakaran, salah satu dari yang paling teruk di dalam sejarah bencana penjara yang panjang di Venezuela dan yang mencetuska­n kemarahan negara serta kecaman dari pihak PBB.

Kumpulan A Window on Freedom telah mempersala­hkan kerajaan bagi keadaan yang terlalu sesak di pusat tahanan wilayah, di mana banduan tidak seharusnya berada lebih dari 24 jam namun boleh berada di sana selama beberapa bulan menunggu perbicaraa­n.

Kumpulan itu menganggar­kan sistem penjara sebagai 400 peratus terlalu sesak.

Maduro sedang mendap- atkan penggal enam tahun keduanya dalam satu pilihan raya kontrovers­i pada hari ini yang mana telah diboikot oleh pihak pembangkan­g.

Beliau adalah jelas menjadi calon kegemaran, walaupun ketinggala­n dalam tinjauan pendapat di belakang lawan utamanya Henri Falcon, dan taraf sokongan yang rendah di kalangan rakyat Venezuela yang bosan dengan inflasi buruk, kekurangan makanan dan ubat-ubatan, jenayah yang meningkat serta rangkaian air, tenaga elektrik dan pengangkut­an yang tidak berfungsi.

Seorang banduan ditahan di dalam penjara di Iribarren adalah seorang timbalan bagi pihak pembangkan­g, Gilbert Caro, yang telah ditahan pada Januari 2017 kerana merancang “tindakan pengganas.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia